Bantuan Prihatin Elektrik: Terima Kasih Dengar Rintihan, Suara Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman kerajaan berkaitan bil TNB hari ini.

Terdahulu, TNB melalui Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

“Terima kasih kerana mendengar rintihan dan suara rakyat,” kata Ahmad Zahid menerusi kenyataan pendek di laman facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk turut berkonsi tanda pagar #KitaJagaRakyat, #UMNOBangkit dan
#SamasamaKitaBinaNegaraIni.

Berikut antara kandungan Bantuan Prihatin Elektrik:

▪️ Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta.

▪️ Daripada jumlah tersebut, seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

▪️ Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

▪️ Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020.

▪️Akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.