Keluhan Didengar, Kerajaan Cakna Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang cakna permasalahan rakyat.

Beliau berkata demikian ekoran pengumuman gembira kerajaan kepada pengguna yang terkesan dengan kenaikan bil sepanjang PKP dari April hingga Jun 2020.

“Dengan pakej Bantuan Prihatin Elekterik tambahan berjumlah RM942 juta ini dapatlah mengurang beban ramai pengguna terutamanya berpendapatan rendah.

“Terima Kasih diucapkan atas keprihatinan kerajaan khasnya kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid kerana cakna dengan permasalahan rakyat,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan, menerusi pengumuman tersebut, 4 juta pengguna kategori bawah 300KW akan peroleh manfaat bil elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun dan bagi pengguna domestik melebihi 300KW akan diberikan rebat atau disubsidi sebanyak RM231 bagi jumlah penggunaan sepanjang April, Mei dan Jun.

Sementara bagi pengguna domestik antara 601 hingga 900KW akan memperolehi diskaun tambahan sebanyak 10 peratus dan pada mereka
yang sudah membuat pembayaran, jumlah bantuan Kerajaan ini akan dikredit ke dalam akaun bulan Julai. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.