Terima Kasih Kerajaan Bantu Tangani Isu Lonjakan Bil Elektrik, Dengar Suara Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berikutan pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik tambahan hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan mendengar keluh kesah dan suara hati rakyat yang merasai keperitan dan kesusahan kerana kenaikan mendadak bil elektrik lantaran penggunaan yang meningkat ketika tempoh PKP sepanjang April hingga Jun.

Berikut secara ringkas Bantuan Prihatin Elektrik daripada sidang media yang berlangsung hari ini:

– Bagi 4 juta pengguna kategori bawah 300KW akan perolehi manfaat bil elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun.

– Bagi pengguna domestik melebihi 300KW akan diberikan rebat atau disubsidi sebanyak RM231 bagi jumlah penggunaan sepanjang April, Mei dan Jun.

– Bagi pengguna domestik antara 601 hingga 900KW akan memperolehi diskaun tambahan sebanyak 10 peratus.

– Bagi yang dah bayar, jumlah bantuan Kerajaan ini akan dikredit ke dalam akaun bulan Julai. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.