Presiden Pan Jangan Biadap – MN Gombak

GOMBAK, 28 Julai – Muafakat Nasional Gombak mengecam keras kebiadapan dan keceluparan Presiden Parti Amanah Negara (Pan) Mohamad Sabu yang menggelarkan Rasulullah SAW sebagai pelarian dalam sesi perbahasan di Parlimen semalam. Dalam satu kenyataan bersama Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din dan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Salehuddin Mohd Nasir berkata gelaran yang diberikan Ahli […]

» Read more

Garis Panduan Penjualan Arak Di Ibu Negara Dibincang Bulan Depan – Annuar

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Lembaga pelesenan minuman keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bersidang pada Ogos bagi membincang dan menentukan garis panduan yang lebih teratur berhubung penjualan arak di ibu negara. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata penelitian garis panduan itu bertujuan menjaga kepentingan awam dengan mengambil kira sensitiviti premis dan kawasan serta waktu penjualan arak […]

» Read more

Cadangan JASA Dihidupkan Semula Amat Tepat, ‘Tebus Dosa’ Kezaliman Kerajaan PH – Shahril

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan mengucapkan setinggi terima kasih dan bersyukur apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan cadangan untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang terbukti banyak jasanya kepada negara. Katanya, pengumuman untuk membuka semula JASA adalah satu keputusan yang amat tepat bagi ‘menebus dosa’ […]

» Read more

Rakyat Tolak Kempen Fitnah, Muak Dakyah PH – Zolkafly

IPOH, 28 Julai – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun yakin rakyat menolak sebarang kempen fitnah dan serangan peribadi yang dimainkan pihak pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim nanti. Katanya, rakyat kini semakin menaruh harapan kepada BN, Muakafat Nasional dan kerajaan sekarang ini setelah […]

» Read more

Kes Bicara Ahmad Zahid: Pengarah Syarikat Akui Sumbangan RM6.6 Juta Bukan Rasuah, Tapi Kerja Amal

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pengarah syarikat MTM Network Sdn Bhd bersetuju bahawa sumbangan RM6.6 juta kepada Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui beberapa keping cek yang dibuatnya bukan rasuah tetapi adalah untuk kerja amal. Ng Hong Sing, 56 turut bersetuju dengan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal bahawa Ahmad Zahid tidak menjanjikan apa-apa (projek) daripada sumbangan […]

» Read more

Goldman Sachs Setuju Bayar AS$3.9 Bilion Bukti Kerajaan Utamakan Kepentingan Negara

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, telah memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah mencapai satu persetujuan dengan Goldman Sachs yang secara keseluruhannya akan menyaksikan wang dalam anggaran USD 3.9 Billion dipulangkan kepada kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengumuman ini sangat dialu-alukan dan membuktikan bahawa kepentingan negara dalam menyelesaikan […]

» Read more

Tiada Sekatan Perjalanan, Boleh Pulang Sambut Aidiladha Di Kampung – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Orang ramai boleh pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau, bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan COVID-19. “Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita […]

» Read more

Berebut Bertanding? Bukti Keretakan, Perpecahan PH Sentiasa Berlaku – Shahril

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Perebutan parti-parti pembangkang di dalam meletakkan wakil di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuktikan keretakan dan perpecahan di kalangan mereka sentiasa berlaku, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. “Kalau berlaku tiga penjuru, saya melihat ini adalah bukti keretakan dan kelemahan dalam parti pembangkang, di mana untuk PRK pun dia tak […]

» Read more

Pemuda UMNO Gunakan Sepenuhnya Ruang Media Sosial Di PRK DUN Slim – Amin

  TANJUNG MALIM, 27 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Amin Othman berkata pihaknya akan menggunakan sepenuhnya ruang media sosial di dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan sebelumnya. Katanya, selain berjumpa secara bersemuka, kempen secara maya tersebut merupakan kaedah yang berkesan mendekati anak […]

» Read more

Kekuatan Parti Terbina Jika Semua Bergerak Seiring – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata politik adalah sesuatu yang dinamik dan landskapnya sudah berubah. Jelas beliau apa keadaan pun boleh berlaku dan oleh itu, semua pihak mesti bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. “UMNO BN (Barisan Nasional) mesti mencipta kejayaan cemerlang kali ini dan bangkit semula sebagai parti utama dalam […]

» Read more
1 1,059 1,060 1,061 1,062 1,063 1,621