Kekuatan Parti Terbina Jika Semua Bergerak Seiring – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata politik adalah sesuatu yang dinamik dan landskapnya sudah berubah.

Jelas beliau apa keadaan pun boleh berlaku dan oleh itu, semua pihak mesti bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“UMNO BN (Barisan Nasional) mesti mencipta kejayaan cemerlang kali ini dan bangkit semula sebagai parti utama dalam negara ini. Jika UMNO BN masih gagal pada PRU15 nanti, ia akan memberikan kesan besar kepada masa depan perjuangan UMNO BN.

“Dalam pada itu, UMNO mesti membina kekuatan di semua peringkat kepimpinan parti. Kekuatan parti tidak boleh dibina hanya oleh pimpinan utama parti sahaja. Ia mesti berlaku di semua peringkat terutama di peringkat akar umbi,” katanya.

Semua ini kata beliau lagi penting kerana jika kita kuat di akar umbi, ia dengan sendirinya akan memberikan kekuatan dan kelebihan kepada UMNO BN.

“Namun semua mesti bertanggungjawab. Paling utama, semua perlu fokus. Kita mesti letakkan kepentingan parti sebagai Keutamaan,” ujarnya.

Terdahulu, beliau bersama kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang bersama masyarakat setempat di Warung Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang, Ahad petang.

Turut serta YB Kamarudin Abu Bakar ADUN Kuala Sepatang, YB Saidi Mohd Daud, ADUN Changkat Jering, YB Cikgu Mohd Noor Dawod, ADUN Selinsing dan pimpinan yang lain.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.