BN Angkat Calon Wanita, Bawa Peranan Tersendiri Jaga Kebajikan Rakyat

SUNGAI PETANI, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusoff berkata wakil rakyat wanita memainkan peranan penting dalam institusi kepimpinan kerana mempunyai sifat yang lebih empati dalam menjaga kebajikan rakyat. Katanya, tanggungjawab yang diberikan parti ini membawa signifikannya tersendiri termasuk mengangkat peranan wanita sebagai pemimpin terutama di Dewan Rakyat. “Bukan senang hendak […]

» Read more

Hasni Dan Maszlee Bertembung Di Pasar Malam, Kempen Cara Sihat Di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM 10 Nov – Suasana di Pasar Malam Bukit Keraimoyang petang semalam meriah dengan kehadiran jentera parti serta calon-calon yang bertanding di Parlimen Simpang Renggam sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Pertembungan mesra calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad dengan calon Pakatan Harapan, Dr Maszlee Malik bukan sahaja menarik tumpuan para pengunjung, malah peniaga yang berniaga di pasar […]

» Read more

‘Hebatkan Jasin’ Impian Roslan, Ajak Pengundi Bersama Jayakan

JASIN, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad  mengajak pengundi di kawasan berkenaan untuk sama-sama menjayakan hasratnya ‘Hebatkan Jasin’ dengan memilih BN pada hari pembuangan undi 19 Nov ini. Jelas beliau dengan kejayaan ‘Hebatkan Jasin’ akan membolehkan masyarakat setempat  mendapat limpahan manfaat dan faedah kelak. “‘Tagline’ kali ini kita ‘Hebatkan Jasin’ … insya-Allah kita bersama-sama […]

» Read more

Rakyat DUN Semambu Harus Beri Kepercayaan Kepada BN – Hisham

INDERA MAHKOTA, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu Khairul Hisham Omar berkata parti ini menjamin kestabilan dan seterusnya mampu memakmurkan rakyat. Begitu juga katanya, pemimpin yang berintegriti adalah pemimpin yang mendahului rakyat dan berkongsi keresahan mereka serta ditambah pula hanya BN yang boleh menjamin keharmonian rakyat. “Pemimpin yang dipilih itu adalah jambatan di […]

» Read more

BN Buat Keputusan Dalam Parti, Bukan Individu – Ismail Sabri

MELAKA 9 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ada sebarang perbincangan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membentuk kerajaan campuran sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak menolak kerjasama membentuk kerajaan perlu diadakan seandainya parti-parti yang bertanding termasuk BN tidak satu […]

» Read more

Johor Harus Kembali Jadi Kubu Kuat BN, UMNO Pada PRU15 – PM Ismail Sabri

KLUANG, 9 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mahu Johor kembali menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus menyumbang kepada kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO berkata negeri Harimau Selatan itu sering disebut sebagai kubu kuat UMNO dan BN sebelum ini, apatah […]

» Read more

UMNO Nafi Akan Bergabung Dengan PH

PADANG TERANG, 9 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan. Menurut beliau, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya lah berasaskan andaian semata-mata yang mahu memberi gambaran yang […]

» Read more

PRU15: Lima Teras Aku Janji Hebatkan Beaufort – Siti Aminah

BEAUFORT, 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching, merangka misi khas untuk membawa perubahan di daerah ini jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini. Dengan Aku Janji Hebatkan Beaufort, Siti Aminah menggariskan lima teras berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam, pendidikan dan modal insan, ekonomi dan pelancongan, sosial dan […]

» Read more

Kegagalan 23 Tahun Wakil PKR Di Permatang Pauh Perlu Didedah

PULAU PINANG, 9 Nov – Provokasi yang dilakukan oleh parti Pakatan Harapan (PH) hanya untuk mengalih perhatian rakyat. Calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, tindakan pihak parti itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk mendedahkan kegagalan PKR/PH selama 23 tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu. “Kenapa pada waktu sidang media calon PH tidak […]

» Read more

Tengku Adnan Tegaskan BN Parti Kompeten… Sentiasa Pastikan Keutamaan Rakyat

PUTRAJAYA, 9 Nov – Barisan Nasional (BN) adalah parti yang kompeten untuk mentadbir negara malah telah terbukti apabila menerajui Malaysia lebih 60 tahun. Demikian tegas Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menekankan bahawa BN adalah parti yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat. “Kita sedih apa yang berlaku selepas PRU-14. Kita berharap rakyat akan memberi peluang bagi kita buktikan […]

» Read more
1 14 15 16 17 18 28