PM Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam, dan dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini […]

» Read more

MEDAC Bantu Perluas Industri Tanaman Jagung Negara – Noh

JOHOR BAHRU, 14 Feb – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membantu dalam memperluaskan industri tanaman jagung bagi menampung keperluan bahan makanan ternakan. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata koperasi pertanian di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Jabatan Pertanian, misalnya boleh bekerjasama untuk memperbanyakkan projek tanaman jagung. “Koperasi pertanian di bawah SKM sudah tentu akan bekerjasama dengan Jabatan […]

» Read more

Johor Potensi Besar Maju Ke Depan, Perlukan Sebuah Kerajaan Stabil – Suraya

ALOR SETAR, 14 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi cukup besar untuk lebih maju ke hadapan, namun ia bergantung kepada sejauh mana kestabilan politik di negeri tersebut. Justeru katanya, dalam mencapai hasrat berkenaan, sudah pasti soal kestabilan dalam negeri perlu diperkasakan dan itulah yang berlaku hari ini apabila […]

» Read more

Pejabat UMNO Bahagian Mersing Dipercayai Dipecah Masuk, Dokumen PRN Hilang

MERSING, 14 Feb – Pejabat UMNO Bahagian Mersing yang terletak di Jalan Ismail di sini dipercayai dipecah masuk selepas beberapa kelengkapan berharga premis itu didapati hilang. Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing Rina Farhana Abdullah berkata kejadian itu disedari kira-kira pukul 8 pagi tadi, ketika dia dan seorang lagi kakitangan hendak memulakan tugas sebelum mendapati pintu utama premis itu tidak berkunci. […]

» Read more

PRN Tak Ganggu SPM… KPM Dan SPR Perlu Sepakat Isu Penggunaan Sekolah – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 14 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pendidikan (KPM) dapat menemui jalan penyelesaian berhubung penggunaan sekolah menengah untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bagaimanapun melalui pandangan beliau, PRN tidak mengganggu pelaksanaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana peperiksaan tersebut tidak diadakan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. “Saya harap SPR […]

» Read more

Kompaun Menteri, Kerajaan Tidak Bezakan Individu Yang Langgar SOP – PM

SHAH ALAM, 14 Feb – Kerajaan tidak membezakan mana-mana individu yang melakukan apa jua kesalahan termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Tidak ada konsep orang atas kayangan tidak kena kompaun dan orang bawah sahaja kena kompaun. Sesiapa yang langgar SOP akan dikenakan kompaun termasuk Menteri Pertahanan dan lain-lain, tidak kira siapa,” katanya […]

» Read more

KPLB Sasar Capai 90 KPI 2022

PUTRAJAYA, 14 Feb – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meletakkan sasaran mencapai 90 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi 2022 yang berteraskan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata 90 program KPI yang dipilih mewakili lapan teras utama DPLB iaitu Modal Insan, Keusahawanan, Ekonomi, Prasarana, Sistem Penyampaian, Perumahan dan Pembangunan Wilayah, Belia, dan Wanita. […]

» Read more

Rakyat Sokong PRN, 22 Bulan PH Di Johor, Bagi Bantuan Pun Pilih ‘Bulu’

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 sememangnya memberikan detik hitam buat rakyat di Johor, bagi mereka banyak cacat cela yang terpaksa ditelan sepanjang tempoh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14). Bagi Abdul Jalil Abdul Majid, 58, beliau meluahkan kekesalan dengan PH yang disifatkan memilih kelompok rakyat untuk diberi bantuan terutama kepada penyokong mereka sahaja. […]

» Read more

Penemuan Banci 2020, Wadah Terbaik mengarus Perdana Pembangunan Negara

SHAH ALAM, 14 Feb – Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 merupakan wadah terbaik dalam mengarus perdana pembangunan mampan di dalam negara dan meningkatkan kekuatan daya saing di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut amat diperlukan supaya kerajaan dapat menggubal polisi bersasar dan pengagihan kesejahteraan kepada rakyat secara saksama. Beliau berkata banci […]

» Read more

Bantuan Kewangan Haji Diumum Selepas Kerajaan Arab Saudi Umum Kos Kerjakan Haji – Idris

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Bantuan kewangan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu akan diumumkan selepas prosedur operasi standard (SOP) negara itu dimuktamadkan. “Tahun […]

» Read more
1 996 997 998 999 1,000 1,902