Mangsa Kemalangan Boleh Kemukakan Tuntutan Melalui Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Mangsa kemalangan boleh menyalurkan tuntutan kepada syarikat konsesi dengan mengemukakan laporan polis, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Menurutnya, laporan tuntutan tersebut mesti melalui Penasihat Undang-undang (Kementerian Kerja Raya) berdasarkan lokasi yang berlaku. “Mangsa kemalangan boleh mengemukakan tuntutan melalui Penasihat Undang-undang (KKR) yang akan menyalurkan tuntutan pihak ketiga kepada syarikat konsesi […]

» Read more

SJPP Jamin Lebih 100 Ribu PKS, Nilai Keseluruhan Lebih RM75 Bilion – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) telah menjamin lebih 100 ribu PKS. Katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, ia merangkumi 75 peratus PKS bukan bumiputera dan 25 peratus PKS bumiputera dengan nilai keseluruhan diluluskan berjumlah lebih 75 bilion ringgit. “Tahun hadapan, SJPP akan […]

» Read more

Kebimbangan Terhadap Aliran TVET Dan STEM… Shamsulkahar Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli hari ini bertanya berkenaan sejauh mana komitmen kerajaan dalam memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar. Katanya ini kerana anak muda pada masa kini lebih berminat menjadi content creator (pencipta kandungan) dan tidak menyambung pelajaran, malah ada […]

» Read more

Keahlian Baharu Bertambah, UMNO Tetap Jadi Pilihan Sebagai Platform Perjuangan – Azuwan

KOTA BELUD, 31 Okt – Walaupun dilabel sebagai sebuah parti tidak popular terutama dalam kalangan anak muda, UMNO masih relevan dan tetap menjadi pilihan apabila menerima lebih 150 orang yang majoritinya dari kalangan belia yang memohon menjadi ahli di Bahagian Kota Belud. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan berkata ini membuktikan UMNO sebagai parti keramat masih relevan di […]

» Read more

Khaled Tegaskan Program TVET KPT Memberangsangkan, Catat Peningkatan Kemasukan

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebenarnya menunjukkan kemasukan yang konsisten dan berada pada tahap tertinggi sejak 3 tahun terkini. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat peningkatan bilangan enrolmen pelajar peringkat diploma bagi program TVET di bawah KPT, iaitu 52.7% atau 85,535 pelajar […]

» Read more

UMNO Mesti Bijak Membaca Citarasa Rakyat – Dr Shamsul Anuar

KOTA KINABALU, 31 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata parti itu mesti perkukuhkan kekuatan, kerana apabila UMNO kukuh dan kuat ia akan dihormati sesiapa sahaja. Justeru katanya memperkukuhkan lagi perpaduan adalah satu perkara yang amat utama bagi UMNO dan pada masa yang sama parti juga perlu dilihat popular dan cukup penting. […]

» Read more

KPT Sasar Anak Muda Ikuti Pengajian Berdasarkan Minat, Tidak Wujudkan IPT Setiap Parlimen – Khaled

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian tidak menjadikan dasar untuk mewujudkan setiap kawasan Parlimen mempunyai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebaliknya menyasarkan untuk anak-anak muda mengikuti pengajian di IPT yang terbaik mengikut bidang dan minat mereka di mana saja IPT itu berada. Menurut beliau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga tidak meletakkan sasaran […]

» Read more

Syabas Penerangan UMNO Sabah, Galas Tugas Berat Demi Perkukuh Perjuangan Parti – Sharif Musa

KOTA KINABALU, 30 Okt – Penerangan UMNO khususnya di Sabah mempunyai tugas yang amat berat untuk memastikan sokongan dan dukungan terhadap parti bukan hanya dari kalangan ahli tetapi juga meliputi rakyat keseluruhan. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berkata, hari ini tugas penerangan UMNO bukan hanya kepada ahli-ahlinya tetapi juga terhadap dasar ‘Sabah Baharu’. “Gerak kerja ke […]

» Read more

Jabatan Bantuan Guaman Realisasikan Penyampaian Khidmat Guaman Kepada Rakyat Yang Memerlukan – Azalina

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said memaklumkan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) memfokuskan kepada tiga kategori khidmat bantuan guaman. Katanya ia dalam aspek bantuan prosiding sivil, prosiding syariah dan prosiding jenayah khusus bagi kes pengakuan kesalahan. Menurut beliau pelbagai usaha pemerkasaan perkhidmatan bantuan guaman sedang dilaksanakan termasuk perkhidmatan pengantaraan secara […]

» Read more

UMNO Tak Banyak Alasan, Khidmat Untuk Rakyat… Susah Senang, Kalah Menang Bersama – Tengku Hafiz

PUTRAJAYA, 30 Okt – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan menegaskan bahawa khidmat UMNO untuk rakyat dilaksana setiap masa sama ada parti tersebut menang atau kalah sekalipun tidak lagi menjadi pentadbir di kawasan Parlimen terbabit. Ujarnya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, usaha bagi mengembalikan kekuatan UMNO dengan parti ini terus kukuh dan mendapat sokongan […]

» Read more
1 978 979 980 981 982 2,350