Pilihan Raya Atau Pemilihan Parti Dahulu, Kepimpinan Disaran Bincang Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pencadang Usul Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Haryati Hamdzah berharap kepimpinan tertinggi parti dapat mengambil keputusan yang tuntas mengenai masa depan parti keramat ini. Katanya ini termasuk keputusan sama ada mahu melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) terdahulu ataupun pemilihan parti. “Untuk pemilihan parti atau pilihan raya dibuat dulu ibarat ayam dan telur, […]

» Read more

Wanita UMNO Aktifkan ‘Mod Pilihan Raya’ Berteraskan ‘Power’ – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Wanita UMNO kini berada dalam ‘mod pilihan raya’ dengan berbekalkan lima teras iaitu ‘Plan (rancangan); Organize (menyusun); Wellbeing (kesejahteraan), Educate (mendidik) dan Ready (bersedia) atau ‘POWER’. Ketuanya Datuk Noraini Ahmad berkata teras itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang semakin hampir dan memastikan pimpinan, jentera dan ahli parti supaya bersiap siaga pada tahap […]

» Read more

Pemuda UMNO Mahu Akta Pendanaan Politik Disegerakan – Asyraf

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pemuda UMNO berharap kerajaan dapat menyegerakan pembentangan Akta Pendanaan Politik, bagi memastikan sumber kewangan parti dilaporkan secara telus kepada rakyat. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata melalui undang-undang itu, ia dapat memastikan tiada sebarang unsur rasuah mahupun salah guna kuasa dalam parti. Asyraf berkata agenda transformasi yang diangkat oleh Pemuda hari […]

» Read more

Pemuda UMNO Terus Pelopori Agenda Kepentingan Dan Kebajikan Rakyat – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 17 Mac –  Pemuda UMNO terus mempelopori agenda kepentingan dan kebajikan rakyat sehingga ke hari ini meskipun pada satu ketika sejurus selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap pergerakan berkenaan. Setiausahanya Datuk Hasmuni Hasan berkata Pemuda Jurubicara Rakyat dan Pemuda Bantu Rakyat bukan sahaja sekadar slogan malah ianya dibuktikan dengan kelibat anak-anak muda […]

» Read more

UMNO: Isu Pelaksanaan PRU-15 Dijangka Disentuh Dalam Ucapan Presiden

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok. Beliau turut memberi bayangan bahawa isu desakan dan bantahan akar umbi serta pemimpin parti itu untuk mempercepatkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), […]

» Read more

UMNO: Perhimpunan Sayap Berjalan Lancar, Pembahas Beri Cadangan Yang Baik – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berpuas hati dengan perjalanan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang disifatkannya berjalan lancar. Naib Presiden UMNO itu yang sempat meluangkan masa di sebalik jadual padat dengan meninjau perjalanan mesyuarat ketiga-tiga sayap itu, berkata pembahas telah mengemukakan pelbagai cadangan yang baik demi masa depan parti. “Saya […]

» Read more

Kestabilan Politik Paksi Kemakmuran Negara – Norliza Noh

KUALA LUMPUR, 17 Mac – UMNO harus mengambil kira pandangan akar umbi dalam memutuskan sebarang ketetapan yang melibatkan parti dan memastikan ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penyokong usul Ucapan Dasar Ketua Puteri, Exco Pergerakan Puteri UMNO Norliza Noh berkata kestabilan politik amatlah penting bagi sesebuah negara bagi menarik dan menjamin pelaburan luar negara. Jelasnya, dengan adanya kestabilan maka pelaburan luar […]

» Read more

Pemuda, Puteri UMNO Senada PRU Dahulu Sebelum Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO hari ini senada supaya Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti dilaksanakan. Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengusulkan agar perlembagaan parti dipinda supaya pemilihan parti hanya diadakan selepas PRU. “Pemuda ingin mengusulkan kepada pimpinan tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO agar membuat […]

» Read more

Kembalikan Mandat Rakyat Untuk Keabsahan, Kestabilan Kerajaan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan untuk keabsahan dan kestabilan kerajaan yang bersilih-ganti ini, mandat kepada rakyat perlu dikembalikan. Katanya, ini supaya tiada lagi budaya ugut-mengugut, lompat-melompat, mandat rakyat diperkotak-katikkan serta dikhianati sebagaimana pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). “Tuntasnya dalam tempoh empat tahun semenjak kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional (BN), […]

» Read more

Zahida Ingatkan Tumpu Untuk PRU15, Hentikan Usaha Pihak Pesongkan UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengingatkan anggota perwakilannya bahawa tumpuan selepas ini ialah kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, ini adalah untuk membolehkan UMNO menguasai kerajaan dan berbakti kembali kepada rakyat sebagaimana yang pernah dilaksana dahulu. “Setiap dari kita wajib menumpukan persiapan kepada PRU ke 15. Sebarang usaha memesongkan tumpuan ini […]

» Read more
1 956 957 958 959 960 1,901