Buktikan Penggunaan ‘One Off’ KWSP Secara Bijak – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan kesyukuran permohonan untuk pencarum mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dibuka. Jelasnya, jumlah dibenarkan ‘one-off’ sehingga RM10,000, maka gunakanlah ia untuk manfaat yang terbaik apabila diterima kelak. “Ayuh rakyat Malaysia kita buktikan bahawa kita adalah masyarakat yang bijak dan berhemah dalam menggunakan wang […]

» Read more

Pendedahan Tun M: Apakah Jaminan Kepada Negara Akan Terus Stabil? – Dr Asyraf Wajdi

KUALA  LUMPUR, 1 April – Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini yang mendakwa bekas perdana menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi menimbulkan perbualan di kalangan orang-orang politik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi mengenainya di Facebook beliau dengan menimbulkan beberapa persoalan yang cukup […]

» Read more

Malaysia, Indonesia Tingkat Kerjasama Pelaburan, Komoditi – PM Ismail Sabri

JAKARTA, 1 April – Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan itu sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia. “Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut […]

» Read more

UMNO Terus Tekad Bawa Suara, Angkat Masalah Masyarakat Untuk Dibantu

KUALA LUMPUR, 1 April – Ketua UMNO bahagian Pagoh, Ismail Mohamad terus bertekad untuk membawa suara rakyat khususnya permasalahan masyarakat setempat dalam usaha membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul. Atas tekad berkenaan, beliau terus memperjuangkan soal perumahan generasi kedua Felda Maokil, perumahan mampu milik Pekan Lenga serta pembinaan rumah asnaf di Bukit Kepong yang sebelum ini turut disuarakan. Menurut beliau permasalahan […]

» Read more

Malaysia, Indonesia Meterai MoU Pengambilan Dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia

JAKARTA, 1 April – Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia. Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka di sini. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mewakili Malaysia dan Indonesia diwakili Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah. […]

» Read more

Sambutan 76 Tahun: RTM Perlu ‘Rejuvenasi’ Untuk Kekal Relevan – Annuar

KUALA LUMPUR, 1 April – Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu diberi proses ‘rejuvenasi’ atau ‘meremajakan’ supaya dapat bersaing dan terus kekal relevan dalam perkhidmatan penyiaran masa kini. Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata RTM perlu menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi sebarang perubahan dari semua sudut khususnya berkaitan dengan perkhidmatan yang diberi. “Dalam erti kata lain, RTM […]

» Read more

Melaka Tunggu Lampu Hijau Persekutuan Untuk Operasi Semula ICQ

ALOR GAJAH, 1 April – Kerajaan Negeri Melaka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian semula Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Banda Hilir di sini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pengoperasian kompleks itu melibatkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi termasuk prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 selain perbincangan pembukaan sempadan […]

» Read more

Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Wakil Tetap Malaysia Ke ASEAN

KUALA LUMPUR, 1 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin yang meninggal dunia semalam. Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ismail Sabri berharap mereka sabar dan tabah menghadapi pemergian itu. “Didoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” menurut catatan […]

» Read more

‘Semak Dan Imbang’ Sentiasa Boleh Dilakukan Terhadap GLC Pahang – MB

KUANTAN, 1 April – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini memberi jaminan bahawa ‘semak dan imbang’ sentiasa boleh dilakukan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu walaupun jika syarikat terlibat tidak diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Beliau berkata audit sentiasa dilakukan sama ada secara dalaman atau oleh pihak audit luar, selain kerajaan negeri turut […]

» Read more

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Wakil Tetap Malaysia Ke ASEAN

KUALA LUMPUR, 1 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin, yang meninggal dunia semalam. Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian […]

» Read more
1 945 946 947 948 949 1,903