Pengeluaran KWSP Bukan Mewahkan Raya, Gunakan Dengan Sebaiknya – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dipercepatkan daripada 20 April kepada hari ini. Katanya, keadaan ini sangat bermakna apatah lagi bagi umat Islam yang akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, bagaimanapun beliau pada masa sama turut mengingatkan pemohon untuk menggunakan wang tersebut dengan […]

» Read more

Zahid Tolak Dakwaan Lindungi Kes Bella, Hentikan Politik Fitnah… Jangan Ulangi Kebencian Seperti PRU-14

KUALA LUMPUR, 17 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar mereka yang sedang gigih berusaha untuk memfitnah sekali lagi demi politik maka berhentilah. Katanya, dalam bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu dan menjelang PRU-15 janganlah diulangi politik fitnah dan kebencian seperti PRU-14 kerana akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. […]

» Read more

Tiket Penerbangan Mahal: Jangan Ambil Kesempatan Musim Perayaan – PM

BERA, 17 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini. Menurutnya berdasarkan laporan media, harga tiket berkenaan dikatakan naik sehingga 500 peratus pada musim perayaan, dan beliau menyifatkan ia sebagai ‘agak melampau’ kerana […]

» Read more

Isu tiada lagi MOU 2.0: PN Dominasi 70 Kerusi? … Matematik Politik Janganlah Beza Banyak Sangat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 17 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan bahawa kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai 2022 diputuskan tidak akan diteruskan lagi. Dalam hal ini, pelbagai pihak mula melontarkan pendapat termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap bahawa ia adalah keputusan UMNO kerana […]

» Read more

Jangan Kelirukan Akar Umbi Parti – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah […]

» Read more

PRU15 Wajar Dilaksana Selepas MoU Kerajaan-PH Tamat Julai Ini – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 16 April – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata langkah tersebut adalah penting bagi memastikan tiada lagi tindakan bermotifkan politik yang […]

» Read more

Omicron Masih Penyakit Yang Serius – Khairy

KUALA TERENGGANU, 16 April – Varian Omicron masih lagi dianggap sebagai ‘penyakit’ yang serius terutama bagi golongan yang berisiko tinggi. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, justeru perlindungan yang optimum perlu diberikan khususnya kepada warga emas, pesakit kronik seperti tekanan darah tinggi serta diabetes, dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun. “Bagi mereka yang kata Omicron macam selsema biasa, mungkin (ya) […]

» Read more

MOSTI Akan Bangun Platform Perkongsian Data Mentah Penyelidikan

BANDAR TENGGARA, 16 April – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bakal membangunkan sebuah platform perkongsian data mentah penyelidikan bagi memudahkan penyelidik menjalankan tugas sekali gus menjimatkan kos penyelidikan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata data mentah itu, yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini, akan dihimpun oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) menerusi Platform Sains Terbuka […]

» Read more

Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Serangan Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 16 April – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, pada Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata serangan ke atas salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam pada bulan Ramadan, menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang diamalkan tentera Israel terhadap hak-hak […]

» Read more

Johor Akan Perhalusi Enakmen Anti Lompat Parti

JOHOR BAHRU, 16 April – Kerajaan Johor akan memperhalusi dan melaksanakan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri itu. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu akan diperhalusi bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). “Demi memastikan tidak ada lagi ahli politik yang tidak berprinsip yang mengkhianati mandat rakyat…insya-Allah saya bersama ADUN Johor akan memperhalusi dan melaksanakan antilompat parti ini […]

» Read more
1 940 941 942 943 944 1,904