Isu tiada lagi MOU 2.0: PN Dominasi 70 Kerusi? … Matematik Politik Janganlah Beza Banyak Sangat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 17 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan bahawa kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai 2022 diputuskan tidak akan diteruskan lagi.

Dalam hal ini, pelbagai pihak mula melontarkan pendapat termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap bahawa ia adalah keputusan UMNO kerana kerajaan sedia adalah Perikatan Nasional (PN) iaitu didominasi 70 kerusi oleh PN dan gabungannya.

Kenyataan tersebut disangkal oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mempersoalkan berkaitan dominasi 70 kerusi PN dan gabungannya.

“… didominasi 70 kerusi PN dan gabungannya… Ia ke?
“Cuba kira: PPBM 31, PAS 18, STAR 1 maka baru 50. GPS 18 itu bukan PN. PPBM yang 31 itu pun 15 kerusi UMNO/BN dan 10 bekas PKR. Sebenar PN ialah PPBM yang bukan pelompat cuma 6, Pas 18 ,STAR 1 baru 25, bukan 70… Kan gitu?

“Matematik politik walau berbeza pandangan, janganlah berbeza banyak sangat,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian menerusi ciapan dalam Twitternya berkaitan isu terbabit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.