Pemergian Tun Arshad, Negara Kehilangan Tokoh Pejuang Pendidikan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tun Arshad Ayub, 93, atas pemergian ahli akademik dan pendidik terbilang itu yang meninggal dunia awal pagi tadi. Beliau berkata negara kehilangan seorang tokoh yang sangat berjasa dan meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia. “Perginya tokoh pejuang pendidikan yang amat besar […]

» Read more

Tun Arshad Ayub: Tokoh Pendidikan Negara, Perkasa Sistem Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Negara kehilangan seorang tokoh pendidikan dihormati dan disegani yang banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi apabila pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) Tun Arshad Ayub, 93, menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. Allahyarham berkhidmat sebagai Pengarah ITM sejak 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sepanjang tempoh hampir […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Hentikan Monopoli Kartel Dalam Industri Penternakan Ayam Demi Manfaat Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan untuk menghentikan monopoli kartel dalam industri penternakan ayam demi manfaat rakyat. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menerima kunjungan dari kumpulan pengusaha industri penternakan ayam semalam telah mendengar pelbagai rintihan dan realiti yang berlaku di lapangan berkaitan isu harga ayam. “Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendengar keluh-kesah pemain industri dan […]

» Read more

Pandangan PRU Segera Kerana Enggan Ke Penjara Alasan Kelompok Takut Hadapi Pertimbangan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Presiden UMNOSiswa, Mubarak Kunyi menegaskan bahawa pandangan Pilihan Raya Umum (PRU) ingin dilakukan segera atas alasan takut ke penjara hanyalah alasan kelompok yang ketakutan menghadapi pertimbangan oleh rakyat melalui peti undi Katanya, ini jelas kenyataan terbabit sekadar untuk menghasut dan mengaburi mata rakyat. “Mereka cuba mengalih perhatian rakyat daripada melihat pergolakan yang sedang berlaku dalam […]

» Read more

Kerajaan Negeri Selangor Jaga Kilang Tapi Tidak Jaga Rakyat – Azhari

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari membidas Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang dianggap tidak menjaga rakyat lantaran masalah air masih berterusan. Terbaharu, Jumaat lalu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengarahkan sebuah premis kilang untuk segera menghentikan pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai, serta melaksanakan kerja […]

» Read more

Biarlah Kami Dengan Urusan Anak Beranak – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 13 Jun – “Biarlah kami dengan urusan kami anak-beranak,” demikian lontar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin yang menyeru Presiden UMNO untuk bergenti berpolitiking kerana takut dengan baying-bayang sendiri dan kehilangan jawatan. Dalam hal ini, Ahmad Shabery memberikan analogi dengan […]

» Read more

Malaysia, Singapura Perhalusi Usaha Perkukuh Kerjasama Pertahanan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Malaysia dan Singapura memperhalusi usaha ke arah memperkukuh kerjasama pertahanan terutama antara angkatan tentera kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Susulan lawatan kerja selama tiga hari di Singapura bermula Jumaat lalu, katanya, langkah itu adalah hasil mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Dr Ng Eng Hen. “Selain itu, saya dan […]

» Read more

Penerapan Ajaran Agama Islam Di Johor Adalah Menyeluruh, Meliputi Segenap Aspek – MB

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Penerapan ajaran agama Islam di Johor adalah menyeluruh dan meliputi segenap aspek termasuk dalam pentadbiran serta pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata ajaran Islam juga sentiasa dipupuk secara konsisten menerusi pelbagai program berkaitan al-Quran yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor selama ini. “Johor tidak memandang ke belakang dalam mempertahankan agama […]

» Read more

PM Seru Keluarga Malaysia Amal Konsep Tasamuh Dalam Bermasyarakat

JOHOR BAHRU, 13 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa. Beliau berkata Tasamuh adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud toleransi atau berlapang dada iaitu bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan misalnya toleransi dalam […]

» Read more

Negara Perlukan Kerajaan Stabil, Dibentuk Atas Pilihan Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata negara perlukan sebuah kerajaan yang dibentuk atas pilihan rakyat. Kata Ahli Parlimen Lenggong itu, ini supaya kerajaan itu nanti menjadi kerajaan yang stabil dan diyakini pelbagai pihak. “Sangat penting dan kita juga mesti bentuk, kerajaan yang dianggotai parti yang sehaluan agar segala dasar, […]

» Read more
1 914 915 916 917 918 1,908