Persidangan Cawangan Suntik Semangat Baharu Perjuangan Parti – Najib

KUALA LUMPUR, 3 April – Persidangan UMNO cawangan seluruh negara yang bermula Rabu lalu merupakan medan terbaik ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk sama-sama membantu memperkukuhkan lagi parti. Timbalan Ketua UMNO Sri Gading, Datuk Najib Samuri berkata platform berkenaan mampu mengangkat suara serta pendangan mereka untuk dibawa ke peringkat seterusnya demi kelangsungan perjuangan UMNO. “Selamat bersidang kepada UMNO cawangan-cawangan seluruh […]

» Read more

Johor Perkukuh Langkah Sebagai Destinasi Pelaburan Utama Serantau

KUALA LUMPUR, 3 April – Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur negeri Johor terus memperkukuh langkah sebagai destinasi pelaburan utama serantau. Katanya menerusi satu hantaran di Facebook, ia dibuktikan melalui sesi libat urus strategik bersama lebih 150 pelabur global yang berpotensi tinggi di Shanghai, China, yang menyatakan minat untuk meneroka peluang pelaburan bernilai tinggi di negeri ini menerusi Zon […]

» Read more

Kepentingan Rakyat Jadi Fokus Kerajaan, Depani Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 3 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan ekonomi semasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara dalam menghadapi ketidaktentuan global ketika ini. Beliau yang juga Presiden UMNO, berkata dunia hari ini sedang berdepan situasi tidak menentu, khususnya susulan konflik di Asia Barat yang mula memberi kesan kepada rantaian […]

» Read more

Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas

KUALA LUMPUR, 2 April – Kerajaan Negeri Kedah tidak mempunyai pelan yang jelas untuk menyelesaikan krisis bekalan air di negeri tersebut dan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor lebih bersifat kepada pengurusan persepsi. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, rakyat wajar diberi jawapan mengenai perkembangan naik taraf loji rawatan air (LRA) […]

» Read more

Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat

KUALA LUMPUR, 2 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat menegaskan bahawa kekuatan parti itu terletak pada keikhlasan setiap ahlinya dalam memperjuangkan agenda parti dan rakyat. Ujarnya, persidangan cawangan yang berlangsung sekarang ini bukan sekadar memenuhi rutin tahunan, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menyatukan semula saf kepimpinan dan ahli di semua peringkat. “Saya percaya, […]

» Read more

PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin

KUALA LUMPUR, 2 April — Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan bahawa persidangan cawangan UMNO bukan sekadar mesyuarat tahunan, sebaliknya merupakan medan penting untuk bermuhasabah, menilai kekuatan serta kelemahan parti dan memperbaharui tekad perjuangan. Jelasnya, persidangan tersebut juga menjadi pentas terakhir sebelum parti menghadapi medan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)ke-16. “Hakikatnya, inilah juga pentas […]

» Read more

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti

SEREMBAN, 2 April – Ahli-ahli UMNO diseru agar menjadikan Mesyuarat Cawangan 2026 sebagai ruang penting untuk memperkukuhkan organisasi melalui proses muhasabah, penambahbaikan serta penyusunan gerak kerja yang lebih tersusun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, setiap peringkat parti perlu memanfaatkan platform mesyuarat cawangan sebagai medan memperbaiki kelemahan dan memperkemas strategi gerak kerja di […]

» Read more

Kenaikan Harga Diesel: UMNO Batu Cadang Potong SST

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan kerajaan wajar mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan penurunan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Menurut beliau melalui langkah tersebut secara automatik ia akan menyerap kos kenaikan harga barang akibat kenaikan harga bahan bakar. “Jika sebuah kerajaan yang memikirkan kebajikan dan mempunyai nilai empati yang tinggi pada […]

» Read more

Suara Akar Umbi Pemangkin Kebangkitan Semula UMNO – Jafry

KUALA LUMPUR, 2 April – Suara akar umbi disifatkan sebagai pemangkin utama kepada kebangkitan semula UMNO, khususnya dalam mendepani landskap politik semasa yang semakin mencabar dan dinamik. Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, persidangan UMNO cawangan yang sedang berlangsung ketika ini merupakan platform terbaik untuk memperkasa peranan ahli di peringkat paling asas dalam menentukan hala tuju parti. Menurut beliau, […]

» Read more

Negara Kini Dalam Mod Kesiapsiagaan Krisis, Jangan Tuding Jari Isu Bahan Api – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 2 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang menjejaskan harga bahan api. Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meminta semua pihak untuk tidak menuding jari kepada kerajaan berhubung kenaikan harga bahan api, sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Beliau berkata, situasi […]

» Read more
1 88 89 90 91 92 2,261