Puteri UMNO Tiang Seri, Penggerak Masa Depan Parti – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin dengan semangat dan komitmen Puteri UMNO Melaka dalam memperkukuh perjuangan parti.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, semangat yang ditunjukkan membuktikan kesediaan sayap parti itu untuk terus menggalas amanah.

“Saya melihat semangat luar biasa Puteri UMNO Melaka yang begitu berkobar-kobar, bersedia menggalas amanah dan memperkukuh perjuangan parti menuju pilihan raya,” katanya.

Abd Rauf berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas merasmikan Program “Puteri On Fire Melaka Ready To Win”.

Mengulas lanjut, beliau berkata Puteri UMNO mempunyai peranan penting dalam memperkukuh gerak kerja parti khususnya dalam mendekati masyarakat dan menyantuni rakyat.

“Ini masa kita. Ini medan kita. Tekad kita hanya satu iaitu terus menabur bakti, mendekati rakyat dan menjuarai perjuangan.

“Puteri bukan sekadar sayap parti, tetapi tiang seri perjuangan UMNO dan penggerak masa depan,” ujar beliau.

Turut hadir Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka, Nurul Amirah Mohd Yusof serta kepimpinan UMNO negeri. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO