Pengundi 18 Dan Automatik Perlu Didekati, Beri Pemahaman Pelaksanaan Demokrasi Negara – Tengku Haphiz

HULU TERENGGANU, 20 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu Tengku Haphiz Tengku Putera berpandangan pengundi 18 dan automatik perlu didekati serta diberi pemahaman mengenai pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara ini. Ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu itu, ia bukan sahaja tanggungjawab UMNO dan Barisan Nasional (BN), malah parti-parti lain dan agensi kerajaan yang berkaitan turut memainkan peranan […]

» Read more

Bukan Sindrom Baharu Pimpinan UMNO, BN Jadi Mangsa Mainan Persepsi Politik – Sharkar

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melihat bukan perkara pelik dan bukannya satu perkara baharu apabila kenyataan pimpinan UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) menjadi bahan mainan persepsi politik untuk memburukkan parti berkenaan. Tegas beliau sebagai contoh apa yang berlaku Isnin berhubung kenyataan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, […]

» Read more

Bersikap Adil, Perhalusi Isu Gunung Inas Digondol… Beri Perhatian Sewajarnya – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berharap isu membabitkan Gunung Inas diperhalusi, disiasat dan diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri Kedah dan kerajaan Persekutuan. Katanya, ini kerana pendedahan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semalam telah mencerminkan fakta dan keadaan sebenar. “Beliau telah bersuara […]

» Read more

Isu Kestabilan Rantaian Bekalan Makanan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Persoalan mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakanan dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa sesi Pertanyaan […]

» Read more

Azeez Rahim Harap MAFI Bantu Mangsa Banjir Baling, Tanaman Lenyap 100 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap menteri yang berkaitan melihat kaedah bagaimana untuk membantu mangsa banjir di Baling. Hal ini kerana, kebanyakan mangsa tragedi tersebut khususnya petani dan pesawah hilang punca mata pencarian mereka setelah hasil tanaman mereka lenyap hampir 100 peratus. “Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) […]

» Read more

Kerajaan Pahang, MIG Dairy Fresh Jalin Kerjasama Laksana Projek Agromakanan

RAUB, 20 Julai – Kerajaan Pahang menyediakan tanah seluas kira-kira 285 hektar di Bukit Kajang di sini bagi pelaksanaan projek ternakan kerbau tenusu dan lembu wagyu yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat MIG Dairy Fresh Sdn Bhd. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek agromakanan itu dilaksanakan selaras dengan keperluan negara dalam menangani isu sekuriti makanan. “Kita sedia […]

» Read more

Tuntutan Kumpulan Sulu: PM Beri Jaminan Lindungi Aset Negara

PUTRAJAYA, 19 Julai – Susulan isu tuntutan kumpulan Sulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi aset negara dengan menggunakan saluran perundangan sedia ada. “Kita lindungi (aset) dari segi perundangan. Mereka (kumpulan Sulu) bawa kes ke mahkamah jadi kita akan melindungi semua (aset) secara perundangan. “Saya beri jaminan tidak akan berkompromi dan berganjak walau […]

» Read more

Individu Sihat 50 Hingga 59 Tahun Diberi Pilihan Ambil Dos Penggalak Kedua

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Individu sihat berumur 50 hingga 59 tahun kini diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu berdasarkan syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perlindungan daripada risiko penyakit yang teruk akibat COVID-19. “KKM telah meningkatkan peratusan individu yang […]

» Read more

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021

Ismail Mohamed Said

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti. Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, dan dibahas empat Ahli Parlimen. Ismail berkata […]

» Read more

Daftar Pemilih Tambahan Jun 2022 Dibuka Untuk Semakan – SPR

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2022 (DPT BLN6/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 17 Ogos. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN6/2022 itu mengandungi nama bagi 38,786 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke […]

» Read more
1 892 893 894 895 896 1,912