Kursus Pengukuhan Komunikasi Perhebat Gerak Kerja Media Sosial Dekati Pengundi

REMBAU, 17 Mac – Kursus Pengukuhan Komunikasi yang dilaksana baru-baru ini ternyata mendapat respon yang positif daripada peserta yang hadir. Dengan pelbagai segmen dilakukan bersama panel-panel berpengalaman, ruangan diskusi dimanfaatkan para peserta bagi menerap segala ilmu yang dikongsi dalam kursus tersebut. Salah seorang peserta yang ditemui UMNO Online, Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Batu, Norhazreena Mohamad Hashim berpandangan, kursus sebegini […]

» Read more

Stoking Kalimah Allah: Dr Akmal Gesa KK Mart Pasang Kain Rentang Permohonan Maaf Di Semua Cawangan

JASIN, 17 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mengetuai gerakan memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart di seluruh negara sekiranya tiada permohonan maaf secara bertulis dibuat di semua 881 cawangannya. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua premis cawangan KK Mart sudah diminta untuk memasang kain rentang permohonan maaf kepada seluruh umat Islam atas tindakan mereka menjual stoking tertera […]

» Read more

Majlis Peguam Lulus Usul Cabar Keputusan Pengampunan… Mohd Puad Cabar Jawab Penghakiman Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Majlis Peguam Negara menjawab penghakiman Hakim Besar Sabah-Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak patut dibebaskan kerana dinafikan perbicaraan adil. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menganggap tidak ada yang mengejutkan apabila Majlis Peguam […]

» Read more

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional – Ahmad Zahid

TANAH MERAH, 17 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN). Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini, adalah lebih baik UMNO bersama rakan-rakannya dalam Kerajaan Perpaduan. “Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan dalam Kerajaan Madani bagi membentuk […]

» Read more

Hasrat Pemuda Kukuhkan Perpaduan Menerusi Pendidikan – Hafiz

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kenyataan balas Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Ramasamy dan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung terhadap cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkenaan wawasan baharu ke arah integrasi aliran pendidikan kebangsaan dan vernakular bersifat pesimistik serta terburu-buru. Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Arifin dalam satu kenyataan berkata, tidak timbul sama sekali sebarang kenyataan untuk menghapuskan […]

» Read more

TPM Peruntuk RM 153.2 Juta Khusus Rakyat Kelantan

TANAH MERAH, 16 Mac – Kerajaan memperuntukan sebanyak RM153.2 Juta untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan melibatkan kemudahan awam dan utiliti desa khusus kepada rakyat di Tanah Merah, Kelantan. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah Projek Menaiktaraf Jalan ke Kampung Kusial sebanyak RM 42 juta bagi menyelesaikan masalah perhubungan ketika musim tengkujuh di kawasan berkenaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk […]

» Read more

Presiden UMNO Iftar Bersama Penduduk Tanah Merah

TANAH MERAH, 16 Mac – Lebih 2,500 orang menghadiri program Santunan Kasih Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertempat di Masjid Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan. Beliau yang juga Presiden UMNO hadir ke majlis yang bermula kira-kira pukul 6 petang dan menyantuni semua hadirin yang diraikan terdiri daripada pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Perlu Diberi Peluang Berkhidmat Hingga Akhir Penggal – Azalina

SHAH ALAM, 16 Mac – Kerajaan Perpaduan perlu diberi peluang untuk berkhidmat hingga ke akhir penggal, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata, ia bagi memastikan kerajaan dapat melaksanakan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat. “Kita perlukan sokongan daripada kerajaan yang stabil kepada Perdana Menteri ke-10 supaya boleh ditawarkan kepada rakyat perkhidmatan sampai habis penggal. “Kalau hendak tukar, […]

» Read more

UMNO Perlu Realistik, Rencana Usaha Menjadi ‘Juara Isu Rakyat’ – Mohamad Nazrin Faiz

KUALA LUMPUR, 16 Mac – UMNO perlu lebih realistik dan merencanakan usaha untuk menjadi ‘juara isu rakyat’ dalam mendepani cabaran bagi bangkit semula serta diterima oleh rakyat. Setiausaha Biro Perkaderan dan Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), Mohamad Nazrin Faiz Che Abdul Aziz berkata, UMNO perlu membuatkan rakyat sedar akan keberadaan mereka untuk menyelesaikan segala permasalahan. “Kita kena lihat kepada […]

» Read more

Agenda Pemerkasaan Bumiputera: Tindakan Perlu Dinilai, Pastikan Keberkesanan Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Tindakan untuk agenda pemerkasaan bumiputera perlulah dinilai dan dipastikan keberkesanannya agar ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada rakyat. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera telah diadakan bagi memperincikan pelan tindakan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 lalu. “Telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera bagi […]

» Read more
1 890 891 892 893 894 2,352