Tak Buat Ceramah Pun Rafizi Jadikan Isu, Bidas Dr Puad

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang semakin tiada isu untuk dimanipulasinya. Katanya menerusi satu hantaran di Facebook, ia merujuk kepada kenyataan Rafizi yang memainkan isu UMNO dan Pas tidak berani membuat ceramah. “Itu pun Rafizi mahu jadikan isu. Kamu teruslah buat ceramah fitnah. Bawa […]

» Read more

PRU15 Perlu Diadakan Tahun Ini, Elak Defisit Sokongan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 17 Sept – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan pada tahun ini, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujar beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jika PRU dilambatkan maka dibimbangi akan berlaku defisit sokongan. “PRU mesti diadakan pada tahun ini juga dalam apa juga keadaan. Kalau dilambatkan akan berlaku ‘trust deficit’ atau defisit […]

» Read more

Proses Bina Keluarga Malaysia Bersatu Padu, Miliki Identiti Nasional Perlu Dipertahan

MELAKA, 17 Sept – Proses membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu dan memiliki satu identiti nasional perlu terus dipertahan demi menjamin kelangsungan kedaulatan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini kerana semakin bertambah usia negara, cabaran dan ancaman dihadapi semakin besar serta bertambah kompleks dengan musuh yang cuba memecah-belah hadir dalam bentuk ekonomi, politik […]

» Read more

Hak Sabah, Sarawak Dalam MA63 Dipastikan Terpelihara

MELAKA, 16 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara. Ismail Sabri yang juga Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 berkata majlis khas itu bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi memberi penekanan […]

» Read more

Lautan Biru Realitikan Kesiapsiagaan BN Bagan Datuk Depani PRU15

BAGAN DATUK, 16 Sept – Lautan biru memenuhi Dewan Kompleks UMNO Bagan Datuk merealitikan kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Majlis Mesra Rakyat dan Pelancaran ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut memberikan taklimat berkaitan gerak kerja jentera pada PRU kelak. Jentera BN telah berkumpul […]

» Read more

Jentera BN Siap Siaga, Laksana PRU Tahun Ini – Saarani

  BAGAN DATUK, 16 Sept – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu dibuat pada tahun ini juga kerana kesiapsiagaan jentera berada pada tahap maksimum. Demikian tegas Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Jentera BN Parlimen Bagan Datuk, di sini, hari ini. Katanya, sekiranya PRU dilakukan pada […]

» Read more

Bayaran Fasa 3, Rayuan BKM Bermula Selasa Ini – PM

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa ini secara berperingkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang […]

» Read more

Tinggalkan Budaya Selesa, Tangkis Isu Untuk Menang PRU15 – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 16 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa ahli-ahli parti khususnya jentera Barisan Nasional (BN) perlu meninggalkan budaya selesa sebagaimana yang ada dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebaliknya bangkit bagi menangkis isu-isu yang diutarakan pihak lawan. Beliau yang juga pengerusi BN berkata, keadaan-keadaan sebegini harus ditinggalkan demi melangkah ke hadapan bagi memastikan […]

» Read more

Mesyuarat Khas MKT Esok Tangguh Ekoran PM Terlibat Majlis Perasmian SUKMA, Mesyuarat Penuh 30 Sept

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan pada esok, Sabtu, 17 Sept jam 8 malam adalah ditangguhkan. Ujar Ahmad dalam satu kenyataan media di sini hari ini, ini kerana Perdana Menteri yang juga Naib Presiden parti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan Majlis […]

» Read more

Serah Mandat Kepada Pimpinan Buat Keputusan, Ahli Terus Mantapkan Parti – Jalaluddin

JELEBU, 16 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias melihat soal kerjasama antara parti itu dengan Pas biarlah diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti setelah ianya dibincangkan dan ahli pelbagai peringkat perlu menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pimpinan untuk membuat keputusan. Katanya secara peribadi ahli UMNO sama ada pemimpin atau akar umbi perlu memberi mandat dan kepercayaan […]

» Read more
1 832 833 834 835 836 1,897