Ahmad Zahid Tegaskan BN Tidak Terpengaruh Perangkap Musuh, Tidak Menjual Harapan Seperti PH

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa BN sebagai blok politik yang stabil dan berpengalaman luas mentadbir tidak bersifat populis dan menjual harapan seperti Pakatan Harapan (PH). Ujarnya, yang dijanjikan BN ialah komitmen realistik yang boleh dicapai berdasarkan situasi prestasi ekonomi semasa. “Masa yang berbaki sebelum parlimen […]

» Read more

Nilai Ringgit Terburuk Di Asia Pada Zaman PH, Guan Eng Jangan Buta Sejarah – Shaiful

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan Lim Guan Eng bagaimana penyusutan nilai ringgit pada zaman Pakatan Harapan (PH) sehingga dilabel sebagai salah satu mata wang yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau Asia. Menurut beliau, Gan Eng tidak seharusnya buta sejarah apabila PH menjadi kerajaan nilai ringgit susut nilai RM0.40 […]

» Read more

Bukan ‘Ketuanan Melayu’, Istilah Melayu Unggul Lebih Tepat – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Apakah sebuah portal di atas talian tersalah lapor atau tajuk berita tidak tepat, demikian soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Ujarnya, UMNO tidak mendefinisikan dominan Melayu sebagai Ketuanan Melayu tetapi Melayu Unggul adalah istilah yang lebih tepat. “’Ketuanan Melayu’ tidak ada dalam dalam Fasa 3 Perlembagaan UMNO. Tujuan UMNO ialah […]

» Read more

Kerajaan Jamin Bajet 2023 Tidak Pinggir Usaha Perkasa Komuniti Cina

SEREMBAN, 19 Sept – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan tidak akan meminggirkan usaha memperkasakan masyarakat Cina sama ada di bandar dan luar bandar dalam pembentangan Bajet 2023, 7 Okt di Dewan Rakyat. Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan Bajet 2023 yang disediakan adalah berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh. “Bajet 2023 juga akan mengambil kira cabaran […]

» Read more

Sumbangan MIC Diperlukan Bentuk Kerajaan Dominan BN

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasa bangga dengan kepimpinan tertinggi MIC terutama sekali Presidennya, Tan Sri S.A Vigneswaran yang begitu komited menubuhkan Briged MIC. Jelas Presiden UMNO itu,sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dalam masa terdekat walau dalam apa keadaan apapun, beliau percaya Briged MIC dapat memberi komitmen sepenuhnya […]

» Read more

Kerusi PRU14 Milik MIC Kekal Untuk PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kesemua kerusi yang pernah ditandingi MIC pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan kekal menjadi milik parti itu untuk ditandingi pada PRU15, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata MIC juga boleh bertanding di kerusi lain, namun perlu berunding terlebih dahulu dengan Timbalan Pengerusi […]

» Read more

Bayangan Jelas PRU15 Diadakan Dalam Tahun Ini – Ahmad Maslan

PONTIAN, 18 Sept – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau yakin Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tahun ini yang hanya berbaki tiga bulan. “Semua negeri kita dah buat pertemuan beramai-ramai, semua pertemuan (libatkan) setiap bahagian. Pendek kata, sudah tidak ada apa untuk dilakukan, selesai dah semua. “Jadi apa yang PM (Perdana Menteri Datuk Seri […]

» Read more

Lebih 300,000 Permohonan Diterima Di Bawah Program Perantisiswa

KOTA BHARU, 18 Sept – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjangka penyerahan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dapat diselesaikan pada bulan November ini. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga semalam pihaknya telah menerima lebih 300,000 permohonan dalam fasa satu dan dua, dan jadual untuk penyerahan fasa satu sedang giat diatur. “Seboleh-bolehnya dalam masa dua minggu ini iaitu dalam […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Menang PRU15 Bagi Membentuk Kerajaan Kukuh

KUALA LUMPUR, 18 Sept – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi membentuk kerajaan yang kukuh serta memulihkan semula negara untuk mencapai kestabilan politik. Ketua Puteri UMNO Bahagian Temerloh, Nurul Aslina Saman berpendapat, UMNO/BN perlu mengambil alih semula tampuk kepimpinan negara bagi memastikan generasi yang akan datang mempunyai masa depan yang cerah. “Kerajaan UMNO/BN telah […]

» Read more

Ekspo Deepavali: Peniaga Diminta Buat Laporan Rasmi – Jafni

JOHOR BAHRU, 18 Sept – Peniaga kecil India di negeri ini diminta mengemukakan aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya berhadapan sebarang isu yang membabitkan agensi terbabit, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Ia susulan gesaan Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Kecil India Johor Bahru supaya PBT di negeri ini agar […]

» Read more
1 830 831 832 833 834 1,898