Kestabilan Dan Kemakmuran, Dari Johor ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan untuk menjadikan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ sebagai tema utama dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Barisan Nasional (BN). Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad, kestabilan merupakan ramuan utama dan paling penting dalam menjamin kemakmuran sesebuah negara serta kelancaran sesebuah pentadbiran. “Masih segar dalam […]

» Read more

Bubar Parlimen Mandat Untuk Rakyat Pilih Kerajaan Stabil, Tolak Janji Palsu – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 13 Okt – Rakyat yang menentukan masa hadapan negara dengan memilih pemimpin serta parti mana yang layak menerajui pentadbiran lantas menentukan hala tuju bagi mengembalikan kegemilangan tanah air dengan menolak janji-janji palsu. Demikian tegas Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menekankan bahawa pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bukan sengaja diadakan sebaliknya […]

» Read more

PRU15: Tolak Retorik, Pilih Pemimpin Yang Memperjuangkan Rakyat – Abd Rahim

PAYA BESAR, 13 Okt – Rakyat diingatkan supaya memilih pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat dan bukannya beretorik semata-mata terutamanya seperti ahli politik dari Pakatan Harapan (PH). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Abd Rahim Muda berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya melupakan penantiannya untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau sudah tidak relevan buat masa ini. […]

» Read more

Pentadbiran PKR-PH Angkuh, Gagal Beri Khidmat Kepada Rakyat… Lindung Krisis Dalaman

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Subang, Alfie Zainal berpandangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR-Pakatan Harapan (PH) begitu angkuh kononnya telah memberikan taraf perkhidmatan terbaik kepada rakyat sedangkan mereka melindungi krisis dalamannya yang sedikit sebanyak menganggu pentadbiran. Katanya, kewujudan beberapa ‘team’ dalam PKR juga memberikan kesan kerana seperti diketahui Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari […]

» Read more

Ahmad Zahid Ingatkan Rakyat Hati-hati Politik ‘Spin’, Lindungi Malaysia Dari Penipuan

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Rakyat perlu berhati-hati dengan politik ‘spin’ dan memperdaya lawan Barisan Nasional (BN) kerana itulah kaedah mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 iaitu memutar belit, mengelirukan dan menghasut rakyat. Demikian jelas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan ucapan beliau dalam Perhimpunan MIC baru-baru ini telah disalah tafsir. Sehubungan itu, beliau yang juga […]

» Read more

Pemuda UMNO Bergerak Sebagai Satu Pasukan Depani PRU15 – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pemuda UMNO bersiap sedia sepenuhnya sebagai satu pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan ditentukan nanti dan menolak ke tepi sebarang perkara remeh-temeh yang boleh mengangu gugat pergerakan berkenaan untuk membantu parti. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata fokus utama adalah membantu parti mencapai kemenangan dan akan memberi tumpuan ke setiap […]

» Read more

Noraini Hargai Keputusan 30 Peratus Calon Wanita, BN Peneraju Agenda Memperkasa Wanita

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Wanita Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan keputusan Majlis Tertinggi BN yang telah menyatakan komitmen untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan calon wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan tidak lama lagi. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata dengan kepercayaan yang diberikan ini, Wanita BN yakin, mampu memberikan sumbangan kepada parti dan meletakkan […]

» Read more

Pembangkang Gentar Tersilap Langkah… 12 Menteri PN Penyebab Pembubaran Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Setiausaha UMNO Bahagian Batu, Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim menganggap isu 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah perangkap halus bahawasanya PN penyebab pembubaran Parlimen dan bukan UMNO atau BN. Katanya, mereka tersilap langkah dan memandang rendah kebijaksanaan pemimpin UMNO/BN. “Merujuk strategi perang dari buku general perang Cina […]

» Read more

Jarang Ada Pusat Mengundi Tenggelam… Banjir Atau Tidak, SPR Berpengalaman – Wan Ahmad

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berpandangan soal banjir bukan isu besar jika berlaku dalam keadaan pilihan raya berlangsung kerana SPR sudah berpengalaman tentang perkara itu. Menurutnya, rakyat sebagai pengundi jangan risau kerana SPR akan melaksanakan sebaiknya jika situasi berlaku banjir dengan memberi bantuan-bantuan yang sewajarnya. “Saya pasti […]

» Read more

Mohd Shahar Tegaskan Bajet 2023 Pro-Rakyat, Bukan ‘Gula-Gula’ PRU

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Dakwaan pihak lawan terutamanya Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan bahawa Bajet 2023 merupakan bajet ‘gula-gula’ untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menunjukkan mereka mempunyai sangkaan jahat serta tidak melihat betapa kepentingan rakyat perlu diutamakan. Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu ialah bajet pro-rakyat dan […]

» Read more
1 813 814 815 816 817 1,903