Pembangkang Gentar Tersilap Langkah… 12 Menteri PN Penyebab Pembubaran Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Setiausaha UMNO Bahagian Batu, Ghulam Muzaffar Gulam Mustakim menganggap isu 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah perangkap halus bahawasanya PN penyebab pembubaran Parlimen dan bukan UMNO atau BN.

Katanya, mereka tersilap langkah dan memandang rendah kebijaksanaan pemimpin UMNO/BN.

“Merujuk strategi perang dari buku general perang Cina iaitu Sun Tzu Art of War ‘sekiranya musuh bertalu-talu menyerang kamu secara propaganda, itu bermakna kamu berada dalam kekuatan dan mereka yang sebenarnya lemah’.

“Itu sebenarnya yang sedang berlaku dan muslihat puak-puak pembangkang yang ingin disorokkan kepada rakyat. Ketidakesepakatan mereka dalam dasar dan perjuangan politik mereka adalah kelemahan nyata yang rakyat perlu tahu.

“Rakyat tidak harus menjadi mangsa atau berada dalam keadaan terumbang-ambing sekiranya mereka (pembangkang) memerintah seperti selepas PRU14. Kegagalan demi kegagalan, kerosakan demi kerosakan, kehancuran demi kehancuran telah berlaku,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO Online hari ini.

Jelasnya, satu lagi strategi perang Sun Tzu, ‘untuk menang dalam peperangan anda tak perlu menakluk musuh tetapi memecah belahkan musuh’.

“Seperti yang saya pernah katakan dalam kenyataan saya bertajuk ‘Master and Commander’ kita ada Kapten Audrey (YB Presiden Parti) dan Stephen Maturin (YAB Perdana Menteri) yang bijak mengatur strategi untuk memecah-belahkan musuh politik kita.

“Akhir kata, Sun Tuz juga pernah berkata, ‘musuh akan kalah dan lemah dengan sendirinya tanpa kita perlu melancarkan perang apabila mereka sudah berpecah-belah’. Insya-Allah kita berada dalam keadaan dan suasana itu sekarang,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.