Isu Judi Dalam Talian Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan mengupas isu berkenaan langkah serta tindakan undang-undang bagi membendung perjudian dalam talian. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Noorita Sual (PH-Tenom) kepada Menteri Dalam Negeri. Selain itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) akan mengemukakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan […]

» Read more

Semua Parti Perlu Patuhi Peraturan Yang Ditetapkan – Polis

MELAKA, 7 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Cantas Khas dalam usaha menyekat unsur gangsterisme sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Beliau berkata PDRM juga memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik bertanding supaya mengikut arahan dan peraturan ditetapkan oleh Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) selain […]

» Read more

Kerajaan Tidak Lagi Bekerja Sebagai Satu Pasukan, Tetapi Sebagai Sebuah Keluarga

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Konsep Keluarga Malaysia memberi penekanan kerajaan kini tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, sebaliknya sebagai sebuah keluarga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata konsep itu bermakna kerajaan mengamalkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain. “Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan […]

» Read more

Bulan Keluarga Kebangsaan Kini Bulan Keluarga Malaysia – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Bulan Keluarga Kebangsaan akan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia (BKM) mulai tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sambutan itu yang diraikan pada bulan November, akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia. “Ini sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar,” katanya ketika berucap […]

» Read more

Agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ Perlu Diperkasa – PM

KINABATANGAN, 6 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ diperkasa dalam usaha memacu pembangunan sekali gus membasmi kemiskinan di kawasan berkenaan. Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Mahdzir Khalid agar agenda berkenaan dapat dilaksanakan semula sebagai antara usaha untuk mengeluarkan kawasan luar bandar […]

» Read more

Selesaikan Infrastruktur Asas Untuk Sabah Berkembang Pesat – Bung Moktar

KINABATANGAN, 6 Nov – Masalah infrastruktur melibatkan jaringan jalan raya, bekalan elektrik serta air di Sabah perlu diselesaikan, sebelum Sabah dapat dibangunkan secara pesat. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata untuk itu, satu program jangka panjang diperlukan bagi mengurus pembangunan infrastruktur berkenaan. “Ketika ini masih ada kawasan tiada jalan raya, bekalan air dan letrik, dan orang […]

» Read more

PM Ismail Sabri Lancar Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

KINABATANGAN, 6 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid. Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta. Beliau berkata skop projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada […]

» Read more

Perjawatan Baharu Pendidik Masyarakat Kemas Perlu Miliki Ijazah

BANGI, 5 Nov – Perjawatan baharu bagi pendidik masyarakat tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada masa depan perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata ia bertujuan meningkatkan profesionalisme warga pendidik masyarakat dan menjamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak seiring dengan peredaran masa serta kepesatan teknologi. “Sudah sampai masanya pendidik […]

» Read more

Lima Negeri Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Depan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 8 Nov ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi kelima-lima negeri selepas mengambil kira […]

» Read more

Pahang Lulus Inisiatif Sempadan Hijau Negeri – MB

KUANTAN, 5 Nov – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri melibatkan sempadan negeri jiran iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat ketika Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Rabu lepas, sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin […]

» Read more
1 684 685 686 687 688 1,510