Puteri UMNO Sedia Turun Padang Depani PRN, Fokus Pengundi Muda

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Pergerakan Puteri UMNO siap sedia untuk turun padang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi memaklumkan bahawa Puteri UMNO telah merancang gerak kerja termasuklah yang dibuat bersama-sama dengan parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan. “Kami Pergerakan Puteri […]

» Read more

‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, Laporan Tidak Berasaskan Fakta – Fadzli

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata laporan berita dalam Sinar Harian semalam yang bertajuk ‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat. Sedangkan tegas beliau keputusan mahkamah semalam hanyalah berhubung permohonan interlokutori pihak Royal Pahang Durian dan perjalanan berhubung soal berkenaan masih jauh dan perlu melalui proses seterusnya. […]

» Read more

NIMP 2030 Manfaatkan Pasaran EV Asean Bernilai US$2.7 Bilion – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dilancarkan Ogos ini akan memanfaatkan pasaran kenderaan elektrik (EV) Asean bernilai US$2.7 bilion (US$1=RM4.66), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata cadangan Chery Malaysia untuk menyuntik modal permulaan sebanyak RM170 juta sebagai strategi pengembangannya di sini bukan sahaja menawarkan […]

» Read more

Maersk Nyatakan Hasrat Melabur Di Pelabuhan Tanjung Pelepas – MB Johor

JOHOR BAHRU, 6 Julai – Maersk, syarikat pengangkutan maritim dan logistik global, telah menyatakan hasrat untuk melabur di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, dengan potensi pelaburan yang signifikan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ketika berkongsi mengenai perkara itu dalam hantaran di laman Facebook, beliau berkata perkara itu telah dinyatakan dalam pertemuan dengan syarikat tersebut di Singapura sempena lawatan […]

» Read more

Kerajaan Perlu Pandang Serius Isu 51 Peratus Pelajar Tolak Tawaran IPTA – Nurfazreen Elyana

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kerajaan perlu memandang serius isu lebih 51 peratus pelajar bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menolak tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurfazreen Elyana Muhamad Zailan berkata, kos yuran dan perbelanjaan pelajar IPTA haruslah dikaji, di samping menambah baik bantuan bersasar kepada golongan memerlukan. “Isu lebih 51 peratus […]

» Read more

BN Hormati Keputusan MCA, MIC Tidak Bertanding PRN – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati […]

» Read more

PRN: Veteran UMNO Akan Lakukan Terbaik, Sedia Bantu Berkempen Di Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Veteran UMNO akan melakukan yang terbaik bagi membantu enam negeri berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini. Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Veteran UMNO dari tujuh negeri yang tidak terlibat dengan PRN akan membantu Veteran UMNO Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk proses berkempen. “Veteran UMNO dari tujuh negeri […]

» Read more

Mahkamah Batal Kemenangan Parlimen Kuala Terengganu, Terbukti Pas Rasuah Pengundi – Tengku Haphiz

KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Salah laku Pas dalam merasuah pengundi terutamanya di Terengganu telah terbukti kesahihannya apabila mahkamah membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada minggu lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, penghujahan hakim bagi permohonan pempetisyen untuk membatalkan kemenangan Parlimen Marang dan Kuala Terengganu cukup membuktikan berlakunya salah laku […]

» Read more

HDC Perlu Terajui Diplomasi Halal, Ketengah Malaysia Di Pentas Global – Ahmad Zahid

PETALING JAYA, 6 Julai – Halal Development Corporation Berhad (HDC) perlu bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk menerajui agenda diplomasi halal bagi membawa jenama halal Malaysia ke peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata usaha ini penting kerana banyak negara dan organisasi melihat kepada Malaysia apabila membangunkan ekosistem halal mereka. Sehubungan itu, […]

» Read more

Dr Asyraf Tegaskan Keutamaan UMNO Jaga Islam, Bangsa, Bahasa dan Raja-Raja Melayu

KLANG, 5 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa apabila UMNO memutuskan untuk berada dalam Kerajaan Perpaduan, tanggungjawab utamanya adalah menjaga Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga bahasa Melayu. Katanya itu adalah perkara yang tidak boleh dikompromikan. “Yang paling penting tertubuhnya saja kerajaan kita buat satu perjanjian sembilan muka surat dan kita masukkan balik […]

» Read more
1 660 661 662 663 664 1,943