HAWA Lestari Sahut Kempen ‘Johor Bersih’, Timbulkan Kesedaran Masyarakat Cintai Kelestarian Alam

KLUANG, 20 Sept – Johor Bersih merupakan antara kempen Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di bawah Teras Kelima Agenda Maju Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar. Rentetan itu, HAWA Lestari menyahut seruan kerajaan negeri itu dengan mengadakan kempen kesedaran dan memupuk semangat cintai kebersihan dan kelestarian alam untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Bertempat […]

» Read more

UMNO Putatan Prihatin, Minta Penduduk Sentiasa Waspada Ancaman Ribut

PUTATAN, 20 Sept – Penduduk di kawasan ini dan sekitarnya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling memandangkan hujan ribut yang melanda beberapa buah daerah di negeri ini sejak beberapa hari lalu. Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata, langkah berwaspada, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai ekoran kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran […]

» Read more

Pelbagai Medium Kukuhkan Hubungan Diplomatik Malaysia-China

KUALA LUMPUR, 20 Sept – 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China diperkukuh menerusi pelbagai medium dalam usaha merapatkan lagi hubungan yang dirintis sebelum ini. Hari ini delegasi Barisan Nasional (BN) berkunjung ke negara berkenaan dengan pelbagai program yang diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC). Ketua Delegasi berkenaan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata program berkenaan […]

» Read more

Kerajaan Sentiasa Pentingkan Kesejahteraan Warga ATM – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain daripada soal kesiagaan aset ketenteraan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa beliau telah mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyantuni warga ATM di Mahkota, Johor. “Mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi […]

» Read more

Menangkan BN Untuk Mahkota, Realisasikan Agenda Maju Johor 2030 – Mohd Jafni

KLUANG, 20 Sept – Exco Kerajaan Negeri Johor (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Jafni Md Shukor menekankan pentingnya calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah mengekalkan kemenangan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 28 Sept depan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulai merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata […]

» Read more

HAWA Lestari: Kluang Attack Pelopor Program Kelestarian Alam Sekitar, Fokus Kitar Semula – Shahrizat

KLUANG, 20 Sept – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata program HAWA Lestari: Kluang Attack adalah pelopor kepada program kelestarian alam sekitar dan fokus kepada pengumpulan barangan kitar semula. Ujar Shahrizat, kempen tersebut perlu diperhebatkan dan dipopularkan agar akhirnya dapat mendidik masyarakat pentingnya mengurangkan penghasilan bahan sisa dan penyertaan setiap anggota […]

» Read more

BN Tidak Pernah Benarkan Mana-Mana Pihak Guna Nama BN, Lambang Dacing – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan politik itu atau lambang dacing tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan semalam berkata gabungan itu juga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba […]

» Read more

Perkasa Usahawan, Perumahan Fokus Syed Hussien Jika Diberi Mandat

KLUANG, 20 Sept – Aspek perumahan dan pembangunan usahawan antara fokus yang akan diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah jika diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota 28 Sept ini. Syed Hussien, 40, berkata dua aspek itu penting untuk kesejahteraan rakyat, selain membawa impak ekonomi, selari dengan agenda diketengahkan kerajaan […]

» Read more

Malam Kluang Berselawat, Hayati Kecintaan Terhadap Rasulullah

KLUANG, 19 Sept – Kluang hari ini menyaksikan alunan selawat dan qasidah bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Diadakan di Dewan Muafakat Kampung Tengah, ia menyaksikan kehadiran hampir 2,000 orang yang bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul. Majlis tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Johor, Datuk Onn […]

» Read more

MoU Kerajaan Perpaduan: Kerana Ego Politik, Rakyat Kawasan Pembangkang Rugi

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan beranggapan bahawa kerana ego politik, rakyat di kawasan Ahli Parlimen pembangkang menanggung kerugiannya. Ini kerana katanya, tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak memorandum persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan mengenai peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dilakukan dengan menggunakan alasan tidak wajar. “Tidak setujunya PN terhadap draft MoU ini […]

» Read more
1 662 663 664 665 666 2,285