Kerajaan Tubuh Pasukan Petugas Khas Pascabanjir Dan Persediaan Gelombang Kedua – PM

HULU LANGAT, 26 Dis – Kerajaan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas pascabanjir dan untuk persediaan menghadapi banjir gelombang kedua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. “Kerja pelaksanaan pascabanjir ini memerlukan koordinasi yang sempurna, kerana saya tidak mahu proses termasuk bantuan lambat […]

» Read more

Banjir: Hentikan Sentimen Politik… Fokus Bantu Emosi, Kebajikan Rakyat – Fadwah

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar berpandangan musibah banjir ini perlu dijadikan sempadan untuk segelintir pihak berhenti memainkan sentimen politik murahan. Katanya ini kerana ketika ini rakyat berada dalam keadaan sulit malah emosi mereka juga terganggu dengan situasi bencana yang tidak dijangka ini. “Satu sahaja kita jangan layan dan fokus kepada bantu rakyat tidak […]

» Read more

Penduduk Di Kawasan Berisiko Banjir Perlu Peka Ramalan Cuaca

ALOR GAJAH, 25 Dis – Penduduk di kawasan berisiko dilanda banjir perlu sentiasa peka dengan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ia penting sebagai langkah siap siaga memandangkan gelombang kedua banjir dijangka berlaku dalam tempoh terdekat. ”Sentiasa peka dengan perkembangan cuaca di kawasan masing-masing dan arahan yang dikeluarkan […]

» Read more

Agong Titah Kerajaan Lakukan Pascanilai Atasi Masalah Banjir Di Bandar

SHAH ALAM, 25 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pihak kerajaan mengadakan pascanilai berkenaan sistem perparitan bagi memastikan kejadian banjir kilat di kawasan bandar dapat diatasi. “Saya (Beta) menyarankan pihak kerajaan untuk mengadakan pascanilai dari segi perparitan di sekitar bandar, mudah-mudahan dapat kurangkan kejadian seperti banjir kilat untuk berlaku semula,” titah […]

» Read more

Peminjam PTPTN Terjejas Banjir Dapat Penangguhan Bayaran 3 Bulan

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara, baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir […]

» Read more

Misi Sumbangan Ibu Pejabat UMNO Lancar, Harap PPS Agihkan Dengan Adil

BENTONG, 25 Dis – Setiausaha Agung (SUA) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan malahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menunaikan misi sumbangan untuk mangsa banjir dalam masa beberapa hari ini dan ianya berjalan dengan baik dan lancar. Katanya, sumbangan yang diberikan diserahkan kepada pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk diberikan kepada mangsa banjir. “Saya harap setiap pengurusan PPS boleh menerima sumbangan […]

» Read more

Banjir: Menteri Kabinet Diarah Batal Cuti, Pulang Ke Malaysia Segera

BENTONG, 24 Dis – Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan percutian masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera. “Saya dapat banyak soalan mengenai Menteri-Menteri Kabinet […]

» Read more

Agong Titah Siasatan Tanah Runtuh Kampung Sungai Penchala Dilakukan Segera

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar siasatan kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini dapat dilakukan secepat mungkin. Seri Paduka bertitah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan penjelasan untuk menempatkan sebahagian daripada penduduk yang terjejas ke flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin di […]

» Read more

Kerajaan Sumbang RM10,000 Kepada Waris Terkorban Akibat Banjir

BENTONG, 24 Dis – Kerajaan akan menyumbang RM10,000 kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat bencana banjir yang melanda negara ketika ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan mendapatkan senarai nama mereka yang terkorban daripada pusat bencana daerah, bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera. “Kita amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku […]

» Read more

PM Ismail Sabri Lawat Mangsa Banjir Di Mentakab

TEMERLOH, 24 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab, di sini. Beliau yang tiba pada pukul 10.45 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan. […]

» Read more
1 656 657 658 659 660 1,524