Pemasangan Lebih Banyak Stesen Pengecas EV Perlu Diberi Tumpuan Utama – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Dalam usaha memperluas ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV adalah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada […]

» Read more

Syarikat MKD Sumbang Lebih RM50 Bilion Sebagai Dividen Kepada Kerajaan Pada 2022

PUTRAJAYA, 20 Julai – Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan, lebih tinggi daripada RM28.1 bilion pada 2021, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata prestasi peningkatan sumbangan dividen itu perlu terus dipertingkatkan, bagi membolehkan ia dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan bantuan kewangan. […]

» Read more

33 Tahun Rakyat Kelantan Ditipu Pas – Zawawi

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman menyifatkan kerajaan negeri Kelantan selama ini bersandiwara dalam mentadbir negeri ini selama 33 tahun. Katanya, ini kerana sedangkan perkara asas seperti keperluan air tidak diurus dengan baik apatah lagi isu pembangunan. “33 tahun rakyat ditipu daripada awal dulu diletakkan batu asas sampai sekarang pun tidak ada yang dilaksanakan. […]

» Read more

Generasi Muda Semakin Celik Dan Tidak Taksub Persepsi – Hilmi Elias

  KUALA LUMPUR, 20 Julai – Generasi muda tidak mempunyai masalah mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Mohd Hilmi Elias. Beliau berkata ini kerana generasi muda kini semakin celik politik, matang dan tidak taksub mana-mana parti politik tempatan berikutan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH […]

» Read more

PRN: Rakyat Perlukan Pemimpin Bertanggungjawab Bukan Sekadar Berdoa Sahaja – Dr Fathul Bari

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Rakyat sebenarnya mahukan pemimpin yang memimpin dan mendengar denyut nadi serta permasalahan mereka, demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya. Katanya, tanpa menafikan kealiman seseorang, apa yang utama adalah setiap pemimpin perlu melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat. “Saya tak kata rakyat tidak memerlukan seseorang pemimpin […]

» Read more

PRN: UMNO Sabah Bantu Kempen Selangor, Bakal Aplikasi Strategi Baharu Untuk Kemenangan

KOTA KINABALU, 20 Julai – UMNO Sabah akan membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dan menjadikan ia sebagai medan ujian strategi baharu untuk digunakan pada PRN Sabah nanti. Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya ingin melihat strategi baharu yang lebih kepada penggunaan media sosial itu berkesan atau tidak iaitu memberi impak yang tinggi […]

» Read more

Kesepakatan Perpaduan Yang Cukup Baik Bagi UMNO/BN-PH Memenangi PRN Kedah

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ini adalah satu permulaan yang baik menunjukkan kesepakatan perpaduan antara UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah terutamanya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Langkawi, kata Exco Wanita UMNO Malaysia Hisham Suhaily Othman. Jelasnya, bagi jentera UMNO/BN khususnya di Langkawi telah siap siaga dan akan […]

» Read more

Majoriti Penuntut IPT Berpeluang Mengundi

KUALA BERANG, 20 Julai – Majoriti penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan kebanyakan universiti sudah selesai mengadakan peperiksaan dalam tempoh itu. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing. “Sekarang […]

» Read more

Kestabilan Negara Beri Impak Positif, Angkat Agenda Rakyat – Tengku Zafrul

KOTA RAJA, 20 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menekankan bahawa Malaysia sedang berada di landasan yang betul maka kerajaan dan kestabilan ini perlulah berkembang secara positif bagi mengangkat agenda rakyat. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut berpesan kepada rakyat agar tidak mengambil risiko memilih parti lain […]

» Read more

PRN: Kerajaan Perpaduan Digesa Ambil Berat Soal ‘Makan Depan Dan Belakang’

LAHAD DATU, 19 Julai – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berharap pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan mengambil perhatian ekoran tindakan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat bersama dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN). Soalnya, Yong Teck Lee dalam kerajaan GRS, bukankah GRS telah memberi sokongan penuh kepada […]

» Read more
1 641 642 643 644 645 1,936