Bung Bersyukur Keputusan Mahkamah, Kini Fokus Laksana Tugas Demi UMNO Dan Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui tempoh lima tahun turun naik mahkamah bersama isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bukanlah satu jangka masa yang singkat bagi menyelesaikan kes mahkamah beliau. Katanya banyak masa yang digunakan di sini, namun kini beliau mezahirkan rasa syukur, perjuangan akhirnya selesai selepas dibebaskan oleh […]

» Read more

PM Tegaskan Hak Asasi Rakyat Palestin Mesti Dihormati

JAKARTA, 8 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata hak asasi rakyat Palestin perlu dihormati dan menyeru semua negara supaya mengambil pendirian yang sama ketika membantah serangan Rusia ke atas Ukraine. Perkara itu disampaikan Perdana Menteri semasa mesyuarat dengan pemimpin ASEAN dan negara rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Kanada serta Australia pada […]

» Read more

PRK: Jangan Pilih Wakil Rakyat Macam Pilih Juara AF – Mohamad

MUAR, 8 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya bijak membuat pilihan, kerana memilih wakil rakyat tidak semudah mengundi juara program realiti televisyen seperti “Akademi Fantasia”. Beliau berkata pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan perlu sedar bahawa pemilihan wakil rakyat yang betul, […]

» Read more

DNAA Ahmad Zahid: Kerajaan Tiada Kuasa Pengaruh Keputusan Mahkamah – Tok Mat

MUAR, 8 Sept – Kerajaan tidak sama sekali memiliki pengaruh atas keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kesemua 47 pertuduhan yang dihadapinya. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebaliknya merupakan kuasa penuh mahkamah untuk menentukan tindakan sewajarnya setelah representasi dikemukakan oleh pendakwaan yang mendorong kepada pelepasan […]

» Read more

Beri Peluang Kerajaan Perpaduan Mentadbir Demi Kemakmuran Masa Hadapan – Nur Jazlan

PULAI, 7 Sept – Kerajaan Perpaduan perlu diberikan lebih masa untuk mentadbir negara demi kemakmuran dan kesejahteraan masa hadapan, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, titah Sultan Johor sebelum ini merupakan rentetan daripada kejatuhan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada tahun 2018 sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku. “Saya […]

» Read more

Abdul Halim Seru Ahli UMNO Bersatu Padu, Kuatkan Semula Parti Keramat Melayu

JOHOR BAHRU, 7 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman mengajak ahli UMNO seluruh negara agar bersatu padu demi menguatkan semula parti keramat ini yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menzahirkan rasa syukur dan sudah menjangkakan bahawa kes yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan pendakwaan […]

» Read more

Mainkan Peranan Sebagai Pembangkang Konstruktif, Henti Sentimen Peralihan Kerajaan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pembangkang perlu memainkan peranan sebagai pembangkang konstruktif dalam sistem negara demokrasi dan berhenti memainkan sentimen peralihan kerajaan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata ini kerana sentimen itu tidak memberi apa-apa keuntungan kepada negara, dan pembangkang sepatutnya memberikan peluang kepada 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk bekerja sepanjang penggal ini […]

» Read more

Belanjawan 2024: KKDW Beri Tumpuan Tingkat Prasarana Dan Ekonomi Luar Bandar, TVET

PUTRAJAYA, 7 Sept – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan prasarana dan ekonomi luar bandar serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara berkenaan adalah antara yang ditekankan dalam sesi libat urus Belanjawan […]

» Read more

Majlis Daerah Tanjong Malim Perkenal ‘Muallim Speed-Lane’ Bagi Melancarkan Proses Dokumentasi

TANJUNG MALIM, 7 Sept – Kerajaan negeri Perak akan terus memberi fokus kepada pelaburan global selepas pelancaran ‘Muallim Speed-Lane’ (M-SL), ia sebagai persediaan menjadikan daerah Muallim sebagai pemain penting dalam sektor automotif antarabangsa, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. M-SL adalah projek kelulusan pembinaan secara pantas hasil inisiatif Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Saarani berkata selain daripada memastikan […]

» Read more

Mahkamah Tinggi Bebas Bung Moktar Dan Zizie Izette Daripada Tiga Tuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada ketiga-tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela […]

» Read more
1 559 560 561 562 563 1,910