PN Banyak Alasan, Jangan Suarakan Permasalahan Peribadi Di Parlimen – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR,14 Sept – Pemimpin yang baik dan kekal dihormati adalah mereka yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa juga situasi dan bukannya meminta sedekah pada masyarakat. Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menegur Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Noor yang mendakwa beliau terpaksa menggunakan duit sendiri untuk memberi ‘sedekah’ ketika menziarahi kematian dalam kawasannya. “Saya ingin memberi […]

» Read more

BHEUU, Agensi Berkaitan Akan Kaji Undang-Undang Hukuman Kesalahan Dadah – Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan agensi berkaitan akan menjalankan kajian undang-undang berhubung hukuman bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata kajian itu berdasarkan perspektif berbeza iaitu merujuk kepada keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan perubatan atau secara […]

» Read more

Perbincangan Lanjut SEZ Johor-Singapura Akan Disusuli Persetujuan TOR Bulan Depan

ISKANDAR PUTERI, 14 Sept – Perbincangan lanjut antara Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura akan disusuli dengan persetujuan terhadap Terma Rujukan (TOR), bulan depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar Shenzhen di China yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ. “Insya-Allah, pada Oktober ini, semasa […]

» Read more

Bantuan RM4.068 Juta Untuk Penjaja, Penghantar Makanan, Pemandu Teksi, Belia Pahang

BENTONG, 14 Sept – Kerajaan Pahang hari ini, menyalurkan Bantuan Prihatian Pahang (BPP) berjumlah RM4.068 juta bagi kluster penjaja harian, penghantar makanan, pemandu teksi dan belia, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata pengagihan bantuan itu kepada 20,345 penerima yang layak bermula hari ini dengan jangkaan selesai selewat-lewatnya pada November ini. Menerusi bantuan itu, seramai 10,816 […]

» Read more

Pasaran Hartanah Stabil, Transaksi Meningkat Kepada RM85.37 Bilion Pada Separuh Pertama 2023

KAJANG, 14 Sept – Aktiviti pasaran hartanah negara mencatatkan prestasi stabil pada separuh pertama 2023 dengan jumlah nilai transaksi meningkat 1.1 peratus kepada RM85.37 bilion daripada RM84.40 bilion yang direkodkan pada tempoh sama 2022. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata walau bagaimanapun jumlah bilangan transaksi pasaran hartanah mengalami penurunan kecil sebanyak 2.1 peratus kepada 184,140 pada separuh […]

» Read more

Penjaja, Peniaga Di Melaka Diwajibkan Carum Perkeso Berkuat Kuasa Disember 2023

MELAKA, 14 Sept – Semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial, berkuat kuasa Disember tahun ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata caruman berkenaan perlu dilakukan golongan berkenaan sekiranya ingin memohon lesen perniagaan baharu atau memperbaharui lesen menerusi empat pihat berkuasa tempatan iaitu Majlis […]

» Read more

Timbalan Speaker Tegur Ahli Parlimen Tidak Jadikan Dewan Rakyat Pasar Borong

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor menegur Ahli Parlimen agar menjaga kelakuan dan tidak menjadikan suasana persidangan Dewan Rakyat seperti di pasar borong. Teguran itu dibuat susulan beberapa Ahli Parlimen ‘bertikam lidah’ dan bangun untuk membangkitkan Peraturan Mesyuarat berhubung perkara yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) semasa sesi perbahasan usul […]

» Read more

Pemuda UMNO Anjur Solat Hajat Serentak Seluruh Negara, Sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menganjurkan solat hajat dan bacaan surah Yasin secara serentak di seluruh negara. Dianjurkan pada 16 September iaitu Sabtu ini, Ketuanya Dr Mohamad Akmal Saleh berkata ianya dilakukan simbolik kepada kesyukuran sempena sambutan Hari Malaysia. “Jom kita berhimpun Sabtu ni!!!! Bukan di depan Sogo tapi di masjid-masjid seluruh negara. “Bacaan Yasin […]

» Read more

PRK: UMNO Pekan Fokus Gerak Kerja Untuk Bantu Menangkan Calon BN DUN Pelangai

PEKAN, 14 Sept – UMNO Pekan akan memberi fokus dan bekerja keras untuk memastikan calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Oktober depan. Ketua UMNO Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Ariff berkata, bagi mencapai matlamat itu, kesiapsiagaan jentera UMNO Pekan penting untuk membantu calon BN yang […]

» Read more

MKT Rakam Penghargaan Kepada Seluruh Jentera Parti PRK Pulai Dan Simpang Jeram

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang terlibat pada  Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Simpang Jeram Sabtu lalu. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerja keras seluruh jentera parti yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan […]

» Read more
1 545 546 547 548 549 1,907