Pemuda UMNO Anjur Solat Hajat Serentak Seluruh Negara, Sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menganjurkan solat hajat dan bacaan surah Yasin secara serentak di seluruh negara.

Dianjurkan pada 16 September iaitu Sabtu ini, Ketuanya Dr Mohamad Akmal Saleh berkata ianya dilakukan simbolik kepada kesyukuran sempena sambutan Hari Malaysia.

“Jom kita berhimpun Sabtu ni!!!! Bukan di depan Sogo tapi di masjid-masjid seluruh negara.

“Bacaan Yasin dan solat hajat Pemuda UMNO seluruh malaysia. Moga negara kita sentiasa diberikan rahmat Allah,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi hantaran beberapa hari lalu di Facebook menempelak Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Kompleks Sogo.

“Sorang baju putih,sorang lagi baju merah. Faedah untuk rakyat? Kalau tak boleh nak bantu rakyat, tolong jangan menyusahkan rakyat. Itu sahaja,” sindir beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.