Penilaian Semula Kadar Bantuan Dilaksanakan Secara Berterusan – Noraini

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad berkata penilaian semula mengenai kadar-kadar bantuan dilaksanakan secara berterusan. Menurut beliau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari. “Bantuan kebajikan […]

» Read more

Jalaluddin Saran Kerajaan Kaji Dan Keluarkan Blueprint Baharu FELDA

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata sudah sampai masanya kerajaan melihat semula, mengkaji dan mengeluarkan satu blueprint baru untuk FELDA secara keseluruhannya. Bagi beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, sudah semestinya apabila bercakap tentang FELDA, ianya tidak akan dapat lari dari menyentuh soal Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960. “Saya pernah bangkitkan […]

» Read more

KEB 2024 Hasil Cetusan PAU 2023, Tekad Pertahan Agenda Bumiputera Sedia Ada – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 29 Feb – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 merupakan hasil cetusan UMNO pada Perhimpunan Agung pada Jun 2023 dengan membawa tekad untuk mempertahankan agenda bumiputera yang sedia ada. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau teruja kerana kongres ini turut mengingatkan kepada siri-siri KEB sebelum ini yang juga diadakan atas hasil usaha dan buah pemikiran […]

» Read more

Pemuda UMNO Perlu Berada Di Landasan Yang Betul Bagi Meneruskan Perjuangan – Awang Aslee

KOTA KINABALU, 29 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO perlu berada di landasan yang betul bagi meneruskan serta mewarisi perjuangan parti demi bangsa, agama dan negara. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, untuk memikul tanggungjawab berkenaan, pemuda perlu ada semangat perjuangan yang kental berintegriti, berani dan bekerja keras bagi mencapai cita-cita demi kembali menjadi peneraju kepimpinan negeri selepas […]

» Read more

Agenda Bumiputera: Tidak Perlu Apologetik, Hak Kaum Lain Tidak Dipinggir Dan Ditindas

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Tidak perlu ‘apologetik’ dalam membicarakan agenda bumiputera kerana ianya tidak langsung meminggirkan apatah lagi menindas kaum lain, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujarnya, kaum bumiputera sentiasa menghormati kontrak sosial yang menjadi asas kepada keharmonian negara. “Kita tidak perlu ‘apologetic’ untuk membicarakan agenda-agenda besar bumiputera kerana kita tidak pernah meminggirkan atau […]

» Read more

Wujudkan Perbadanan Tanah Bumiputera, Asas Kestabilan Ekonomi Dan Identiti Kebangsaan

PUTRAJAYA, 29 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengusulkan agar diwujudkan Perbadanan Tanah Bumiputera menerusi ucapannya dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang berlangsung hari ini. Katanya yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Ikhtiar pertama, Perbadanan Tanah Bumiputera adalah bagi mengekalkan pemilikan tanah Bumiputera yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemeliharaan […]

» Read more

Parlimen: Pembangkang Tidak Profesional, Hanya Pentingkan Survival Politik Parti Sahaja – Azhari

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Pembangkang dilihat tidak profesional ketika hari pertama persidangan Parlimen sebaliknya mencipta populariti murahan, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Katanya ia susulan kekecohan dilakukan Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar daripada Dewan Rakyat sebagai tindakan protes selepas speaker berkeras membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menyampaikan ucapan […]

» Read more

Malaysia Kesal Permohonan Palestin Dibantah

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Malaysia menzahirkan kekesalan berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati pada Persidangan Mengenai Perlucutan Senjata (CD) bagi sesi 2024 dibantah beberapa delegasi. Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada persidangan Sesi 2024 di Geneva pada Rabu, berkata Malaysia berpendapat bahawa Palestin mempunyai hak yang sama untuk menyertai persidangan itu. Beliau berkata […]

» Read more

Tolak Naratif Pihak Lawan, Terap ‘Mindset’ Peperangan Dengan Fakta Tepat – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Para jentera penerangan UMNO diseru untuk mengubah’mindset’ sedia ada dan menerapkan pemikiran ke arah minda peperangan dengan menerapkan maklumat yang benar dan tepat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, pihak pembangkang tidak akan berhenti untuk mencipta pelbagai naratif dan fitnah bagi memburukkan UMNO/Barisan National (BN) “Kita perlu ingat bahawa mereka […]

» Read more

Malaysia, UAE Bakal Meterai CEPA Jun Ini – Tengku Zafrul

ABU DHABI, 28 Feb – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengesahkan kekuatan hubungan ekonomi antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia dengan menyatakan bahawa kedua-dua negara hampir memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) mereka. Tengku Zafrul berkata perjanjian itu akan ditandatangani menjelang akhir Jun tahun ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) […]

» Read more
1 428 429 430 431 432 1,904