Hanya Ahli Parlimen UMNO/BN Berupaya Bawa Suara Rakyat Langkawi

LANGKAWI, 15 Nov – Sebagai sebuah pusat pelancongan terkemuka dan bertaraf antarabangsa, Langkawi ternyata mempunyai imejnya tersendiri di samping memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat di kawasan ini. Nor Aziah Jaafar, 47 tahun seorang pengusaha pelancongan berpandangan hanya di bawah dukungan Barisan Nasional (BN) dapat meningkatkan lagi infrastruktur di pulau lagenda ini. Beliau malah percaya, calon UMNO/BN, Datuk Armishah Siraj […]

» Read more

Bahang PRU15 Tidak Seperti PRU Lalu, Rakyat Tidak Lupa Pengalaman PRU14

REMBAU, 15 Nov – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak seperti PRU lalu dan ianya berlangsung dalam suasana yang cukup tenteram. Berucap dalam perjumpaan bersama masyarakat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paroi, beliau yang juga calon BN Parlimen Rembau berkata PRU lalu di mana-mana sahaja  masyarakat mengambil peluang […]

» Read more

PADU Bukti BN Parti Berorientasikan Rakyat, Dukung Aspirasi Majukan Negara

BAYAN LEPAS, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah meluahkan kesyukuran dengan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 7 Nov lalu. Katanya, PADU mencakupi semua lapisan masyarakat ternyata membawa manifestasinya tersendiri sekaligus membuktikan BN sebagai parti yang mendukung hasrat […]

» Read more

Warga PDRM Mengundi Awal Tunai Tanggungjawab Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini menyaksikan berlangsungnya proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Bermula jam 8 pagi mereka mula hadir beratur memenuhi pekarangan pusat pengundian pada lingkungan jam 8.45 pagi. Setakat awal jam pengundian ini cuaca redup memudahkan lagi para barisan hadapan negara untuk melakukan proses pengundian. […]

» Read more

Saya Akan Balas Kepercayaan Pengundi Sungai Buloh – KJ

  KUALA LUMPUR, 15 Nov –  Orang ramai yang mengunjungi Uptown Kota Damansara malam tadi bukan sahaja dapat melihat calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin secara dekat malah dapat bersua muka dengan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kedua-dua pemimpin tersebut mengadakan ‘walkabout’ sekitar kawasan berkenaan dan beramah mesra dengan pengunjung sempena Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Tok Muni Mahu Sektor Kesihatan Ditingkatkan Di Kubang Pasu, Percaya BN Mampu Lakukan

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Pasu, Datuk Hasmuni Hassan melihat perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan perlu ditingkatkan seiring dengan populasi rakyat yang semakin hari semakin bertambah. Menurut beliau perkara tersebut bukanlah satu perkara yang mustahil kerana kerajaan BN sebelum ini telah membawa pelbagai pembangunan serta penambahan infrastruktur lain untuk kemudahan warga Kubang Pasu. “Justeru, […]

» Read more

Kestabilan Dan Kemakmuran… Rakyat Rindu Zaman Pemerintahan UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Hanya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mampu untuk membawa negara ke arah kestabilan dan kemakmuran berdasarkan daripada rekod lebih 60 tahun memerintah. Menerusi tinjauan UMNO Online, rata-rata rakyat merindukan zaman pemerintahan UMNO/BN yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum. Salah seorang pengundi di daerah Bagan Datuk, Datuk Faizal Redzuan, 47, berkata pengalaman yang dilalui selama […]

» Read more

PRU15: Pengundi Awal Mula Tunai Tanggungjawab Mengundi

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 224,828 pengundi awal. Daripada jumlah itu, 117,473 orang adalah anggota tentera dan pasangan, manakala 107,355 lagi adalah polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan […]

» Read more

BN Perlu Menang Dahulu Baru Fikir Pasal Kabinet – Ismail Sabri

KUALA SELANGOR, 15 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu fokus untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum memikirkan mengenai barisan Kabinet yang baharu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata bagaimanapun beliau akan memastikan saiz Kabinet yang akan dibentuk nanti adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian. “Jadi kita kena menang […]

» Read more

Tok Mat Seru Pengundi Awal Buat Keputusan Bijak, Kerajaan Stabil Dan Mantap Amat Perlu

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru para pengundi awal untuk memberikan mandat sepenuhnya kepada BN bagi menubuhkan kerajaan yang stabil dan mantap. Jelasnya, kerajaan campuran akan menyukarkan proses membuat keputusan dilakukan kerana terdapat pelbagai parti yang terlibat dalam menguruskan negara. “Esok hari pengundian awal. Saya mohon kepada semua warga pengundi […]

» Read more
1 391 392 393 394 395 1,516