Kembalikan Hukuman Rotan, Bimbang Krisis Moral Pelajar Semakin Parah

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh mencadangkan agar kuasa merotan dikembalikan kepada guru sebagai salah satu langkah mendidik dan membentuk disiplin pelajar di sekolah. Beliau berpandangan, tindakan tersebut perlu dipertimbangkan secara serius susulan beberapa insiden membimbangkan melibatkan pelajar sekolah kebelakangan ini yang menunjukkan tanda-tanda krisis disiplin dan keruntuhan moral dalam kalangan generasi […]

» Read more

Isu Penjualan Maklumat Taktikal Negara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Langkah kerajaan mengembalikan kepercayaan rakyat susulan pendedahan media tentang penjualan maklumat keselamatan taktikal negara kepada pihak luar antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu dibangkitkan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) kepada Menteri Pertahanan yang ingin mengetahui langkah-langkah damage control yang telah […]

» Read more

Malaysia-Kemboja Perkukuh Kerjasama Tangani Isu Dadah, Keselamatan Serantau

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Malaysia dan Kemboja sepakat memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah rentas sempadan serta mempertingkatkan keselamatan serantau. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agenda berkenaan telah dibincangkan ketika pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja Neth Savoeun di Phnom Penh, semalam. “Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk kami menilai semula pencapaian kerjasama […]

» Read more

Insiden Pembunuhan Pelajar, Dr Asyraf Luah Kebimbangan Krisis Moral Remaja

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan rasa hiba dan bimbang dengan insiden pembunuhan pelajar di sebuah sekolah yang berlaku hari ini. Beliau yang juga Pengerusi MARA menyifatkan kejadian itu amat mengejutkan apatah lagi ia berlaku di institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat selamat buat para pelajar. “Pemikiran saya amat terganggu dan jiwa […]

» Read more

Nilai Kegagalan GRS… Sabah Tidak Boleh Kembali Ke Era Liabiliti Politik – Suhaimi

LIBARAN, 14 Okt — Ketua Penerangan UMNO Sabah yang juga Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini memberi peluang besar kepada rakyat untuk menilai semula kegagalan pentadbiran terdahulu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menurut beliau, kerajaan yang dibina atas dasar kompromi dan kepentingan peribadi akhirnya tumbang di bawah beban ketidakpercayaan […]

» Read more

Tangani Segera Kegagalan Sistem Pendidikan Negara

JOHOR BAHRU, 14 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor melahirkan rasa kesal dan kecewa susulan beberapa kejadian jenayah berat termasuk rogol dan bunuh yang berlaku di kawasan sekolah sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata kejadian sedemikian tidak sepatutnya berlaku di institusi pendidikan yang seharusnya menjadi zon paling selamat buat pelajar dan murid. Beliau berkata, Pemuda Johor yakin […]

» Read more

UMNO Johor Seru BN Terus Pertahan Semangat Muafakat

JOHOR BAHRU, 14 Okt – Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah menegaskan bahawa semangat muafakat dalam Barisan Nasional (BN) perlu terus dipertahankan dan tidak seharusnya dilemahkan melalui kenyataan terbuka yang boleh menggugat keharmonian gabungan parti tersebut. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran terhadap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. […]

» Read more

Ahmad Zahid Memperkukuh Hubungan Strategik Malaysia–Kemboja Di Peace Palace

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Malaysia terus komited memperkukuh hubungan strategik dengan Kemboja menerusi pelbagai bidang kerjasama dua hala yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dizahirkan melalui pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet di Peace Palace, sempena 13th ASEAN […]

» Read more

Ziarah Kasih Wanita UMNO Sabah, Usaha Ringankan Beban Rakyat

PENAMPANG, 14 Okt – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris, berkata semangat prihatin dan kebersamaan menjadi asas utama perjuangan Wanita UMNO dalam membantu rakyat yang berdepan kesusahan, terutama ketika dilanda musibah. Terbaharu, beliau bersama Wanita UMNO Penampang telah menganjurkan Program Ziarah Kasih di Kampung Ganang, Kapayan, bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Program […]

» Read more

Malaysia Sokong Pelan Damai Gaza Secara Bersyarat, Berdasarkan Prinsip Perjuangan Palestin – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Malaysia tidak dijemput menyertai sidang kemuncak pelan damai Gaza di Sharm El-Sheikh, Mesir kerana pendiriannya yang menyokong pelan itu secara bersyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia dilihat sebagai negara yang menyokong secara bersyarat apabila memberi sokongan dengan menyertakan penjelasan undi (explanation of vote) dalam Deklarasi New York pada Julal […]

» Read more
1 374 375 376 377 378 2,360