Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap inisiatif Desa Kirana tidak terhenti setakat penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, sebaliknya terus diperkukuh dan ditambah baik sebagai agenda jangka panjang pembangunan pelancongan negara. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berkata, inisiatif berkenaan diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan yang lebih […]

» Read more

Anugerah Khas MB Dorong Salina Terus Berkhidmat Demi Rakyat 

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin berikrar untuk terus menabur bakti dan menunaikan amanah sebagai wakil rakyat dengan penuh keikhlasan serta tanggungjawab. Menurut beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Tanjung Malim, pengiktirafan melalui Anugerah Khas Menteri Besar Perak yang diterima semalam bukan sekadar satu penghormatan, tetapi amanah besar yang memberi dorongan untuk terus […]

» Read more

Status MIC Dibincang Pada Mesyuarat Dewan Tertinggi  BN Tahun Depan – Ahmad Zahid

SEKINCHAN, 20 Dis – Status MIC antara perkara yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tahun depan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagaimanapun, perbincangan berhubung perkara itu tidak termasuk dalam agenda Perhimpunan Agung UMMO 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini. “Perkara ini tidak ada […]

» Read more

Bencana Banjir Aceh: Enam Rakyat Malaysia Selamat Pulang, Seorang Masih Hilang

SEREMBAN, 20 Dis – Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus memantau serta menangani situasi bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, sumatera Utara dan Aceh, Indonesia. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat semalam, tujuh rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas akibat banjir, dan daripada jumlah itu seorang masih hilang manakala enam individu telah selamat pulang […]

» Read more

Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir terus melaksanakan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat dengan meneliti aspek-aspek pembangunan yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Beliau berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan segala perancangan dan inisiatif yang dirangka selama ini benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya dalam bidang pendidikan. “Apabila […]

» Read more

BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen parti itu untuk terus melangkah ke hadapan berteraskan prinsip perjuangan serta kesatuan yang kukuh dalam kalangan pimpinan dan ahli. Menurut beliau, parti itu sentiasa bergerak sebagai satu pasukan, di mana kejayaan seseorang merupakan kekuatan bersama, manakala sebarang kekhilafan memberi kesan kepada keseluruhan perjuangan […]

» Read more

Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan. Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Naim menerusi perkongsian di Facebook beliau malam tadi. “Terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi […]

» Read more

Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Veteran UMNO menyokong langkah rombakan kabinet terbaharu yang disifatkan sebagai selari dengan keperluan memberi nafas baharu kepada pentadbiran negara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, selain bertujuan memperkukuh khidmat kepada rakyat. Pengerusinya, Datuk Othman Desa berkata, rombakan kabinet berkenaan dilihat sebagai usaha memantapkan kerajaan sedia ada, khususnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkasakan. […]

» Read more

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

PUTATAN, 19 Dis – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, meneruskan agenda khidmat bakti parti kepada rakyat dengan menziarahi ahli-ahli keluarga UMNO yang sedang uzur di lima buah kampung dalam Mukim Pulau Gaya, pada program ziarah yang diadakan hari ini. Menurut beliau, program ziarah seperti ini merupakan antara pendekatan berterusan UMNO Putatan untuk memastikan kebajikan ahli dan masyarakat setempat […]

» Read more

MB Pahang Lawat PPS Bukit Rangin, Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

KUANTAN, 19 Dis – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, Kuantan yang kini menempatkan seramai 66 keluarga melibatkan 233 mangsa banjir dari kawasan berhampiran. Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang serta Kit Bantuan Makanan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas […]

» Read more
1 301 302 303 304 305 2,358