Penghinaan Terhadap Institusi Diraja Tidak Boleh Dipandang Ringan- Tengku Hassanal

KUANTAN, 15 April – Penghinaan terhadap institusi diraja tidak sepatutnya berlaku untuk sebuah negara yang mengamalkan Sistem Raja Perlembagaan yang meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi khususnya dalam hal ehwal agama Islam. Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah baginda amat terkesan terhadap perbuatan pihak tertentu yang menghina institusi diraja baru-baru ini dan ia tidak seharusnya dipandang […]

» Read more

PRK Rantau Tunjukkan Kematangan Rakyat Dalam Memilih Pemimpin Terbaik

ALOR SETAR 15 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kelmarin, menunjukkan kematangan rakyat dalam menilai parti mana yang mampu memperjuangkan masa depan mereka. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan tersebut menjadi kayu pengukur bagi rakyat memilih dan menilai antara dua parti yang mampu memperjuangkan […]

» Read more

Tahniah MB Johor Baharu, Jangan Ulangi Kesilapan PH Yang Banyak Kontroversi

JOHOR BAHRU, 15 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah atas pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal dan berharap agar beliau tidak mengambil pendekatan atau mengulangi kesilapan rakan dari parti beliau sebelum ini yang telah menimbulkan banyak kontroversi. “Setinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Sahruddin Jamal atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor […]

» Read more

Hatrik PRK Saksi BN Kembali Mendapat Sentuhan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 April – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Datuk Shaari berkata, kemenangan demi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam seri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan adalah gambaran bahawa BN sudah mendapat kembali sentuhan kekuatan setelah rebah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, BN tidak perlu agenda menabur janji seperti Pakatan Harapan (PH) […]

» Read more

Petugas PH Biadap Langkaui Tugas Polis

KUALA LUMPUR 14 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas tindakan beberapa orang petugas Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dianggap biadap dan melangkaui batas apabila memeriksa anggota Polis yang bertugas. Beliau mempertikaikan hak petugas PH tersebut kerana sebagai orang awam mereka tiada hak mengganggu anggota polis […]

» Read more

Rakyat Sudah Bosan Sikap Salahkan Kerajaan Terdahulu

ALOR SETAR 14 April – Kejayaan kali ketiga berturut-turut Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan yang terbaharu di Rantau membuktikan rakyat khususnya golongan muda kini sudah mula muak dengan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan tidak mempunyai visi jelas dalam membangunkan negara. Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof berkata, serangan bertali-arus terhadap pemimpin UMNO dan […]

» Read more

Kerajaan Jangan Buang Masa Dengan Perkara Tidak Berfaedah, Tumpu Pada Kemajuan Rakyat – Sultan Johor

JOHOR BAHRU 14 April – Sultan Johor bertitah menasihatkan pihak kerajaan supaya tidak membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara tidak berfaedah, menabur fitnah dan mereka-reka cerita hanya untuk menarik perhatian atau mengelirukan rakyat. Sebaliknya titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerajaan perlu tumpu perhatian untuk membantu kehidupan rakyat yang susah dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara. “Sesungguhnya Kerajaan Johor telah lama […]

» Read more

Makna Di Sebalik Hatrik BN

KUALA LUMPUR, 14 April – Datuk Seri Mohamad Hasan memilih hanya untuk meletakkan nama ‘Tok Mat’ dan bukan nama penuhnya di kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, semalam. Beliau yakin mereka yang datang mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut cukup mengenali panggilan yang sinonim dengan dirinya itu. Strategi itu berhasil, Mohamad kekal sebagai wakil rakyat Rantau sejak […]

» Read more

Kemenangan BN Bukti Kukuh Rakyat Muak Dengan Kerajaan PH – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 April – Kemenangan Tok Mat di Rantau melalui Barisan Nasional (BN) semakin jelas membuktikan betapa muak rakyat kepada Kerajaan PH dan isyarat rakyat di Rantau sudah menolak Pakatan Harapan (PH) dan kembali menyokong BN. Katanya, ini merupakan kekalahan tiga kali berturut-turut atau ‘hatrik’ PH dan rakyat sudah sedar bahawa PH tidak mampu membawa kemakmuran kepada rakyat malah […]

» Read more

Kemenangan Tok Mat Gambaran Menyeluruh Hasrat Rakyat, BN Akan Terus Tingkatkan Gerak Kerja – Annuar musa

REMBAU, 14 April – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini. Menurut beliau senario tersebut menggambarkan hasrat rakyat secara menyeluruh bagaimana pengundi Melayu, Cina, India dan sebagainya terutama anak-anak muda mereka mahu berubah dan mereka menolak […]

» Read more
1 … 2,286 2,287 2,288 2,289 2,290 … 2,371