Kemenangan Tok Mat Gambaran Menyeluruh Hasrat Rakyat, BN Akan Terus Tingkatkan Gerak Kerja – Annuar musa

REMBAU, 14 April – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.

Menurut beliau senario tersebut menggambarkan hasrat rakyat secara menyeluruh bagaimana pengundi Melayu, Cina, India dan sebagainya terutama anak-anak muda mereka mahu berubah dan mereka menolak kerajaan dan merupakan satu signal jelas.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik seperti yang kita rancangkan dan kali ini sistem war room planning berjalan dengan sempurna dan dibantu oleh jentera bahagian yang sudah boleh dikatakan mantap dan jentera keseluruhannya.

“Dan kita juga banyak belajar daripada pilihan raya ini dan insya Allah akan terus perbaiki jentera dan operasi-operasi yang akan datang,” katanya kepada UMNO-Online di pusat penjumlahan rasmi keputusan PRK DUN Rantau, di sini malam tadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hasan berkata PRK DUN Rantau praktikalnya adalah terjemahan kepada apa yang disebutkan sebelum ini.

“Saya telah sebut dalam kenyataan sebelum ini bahawa apabila PAS mengesahkan dan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dan parti-parti BN beberapa minggu lepas, PRK DUN Rantau adalah terjemahan dan Inilah bentuk kerjasama yang kita ada…jangka pendek dalam PRK ini dan beberapa PRK lagi serta jangka panjang dalam PRU-15.

“Kita sedang berbincang jawatankuasa teknikal PAS dan UMNO dan akan muktamadkan bentuk kerjasama kita terma rujukan kita, pelan tindakan kita serta plan strategik yang akan kita laksanakan,” ujarnya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.