Ucapan Presiden Mesti Luar Biasa – Tajuddin

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Seluruh perwakilan dan ahli UMNO menantikan satu ucapan dasar Presiden yang luar biasa dan tidak retorik pada perasmian perhimpunan agung parti itu Ahad ini. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sering dicap ‘ultra Melayu’ menegaskan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi harus memberi ucapan meyakinkan dan diyakini oleh bukan sahaja orang […]

» Read more

UMNO Parti Konservatif Progresif, Bergerak Mengikut Lunas Perlembagaan – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO adalah sebuah parti konservatif progresif  yang bergerak mengikut lunas-lunas Perlembagaan dan juga tatasusila serta sistem sosial yang ada di negara ini. Sehubungan itu beliau menegaskan tanggapan berterusan dan tohmahan pihak luar bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis adalah bertentangan dengan apa yang  diperjuangkan oleh parti […]

» Read more

Kumpulan Utusan Saji Aktiviti Menarik Di Perhimpunan Agung UMNO 2018

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, Kumpulan Utusan akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Antara aktiviti yang bakal mendapat sambutan hebat ialah Studio Penghias Wajah dan cenderamata cetakan foto pada cawan yang mana pengunjung berpeluang […]

» Read more

Usah Retorik, Hapus ‘Warlord’ – Razlan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Usah retorik dan hapuskan penguasaan ‘warlord’ di semua peringkat dalam UMNO. Itu peringatan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii terhadap kepimpinan parti selepas ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Razlan berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan bermula esok sehingga 30 September ini seharusnya menjadi lebih terbuka bagi […]

» Read more

UMNO, Sama Ada Kita Menyerah Untuk ‘Dimatikan’ Atau Kita Berdiri Tegak Berani ‘Mematikan’ Lawan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyeru kepada semua ahli parti agar jadikan tilikan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan UMNO akan rebah sebagai satu cabaran untuk memperkasakan parti. Tegas Annuar, walaupun perdana menteri, yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini jauh berada di Amerika Syarikat, cerita mengenai bekas parti […]

» Read more

PAU 2018 Harus Digunakan Sebaik Mungkin Untuk Membina Kekuatan Di Akar Umbi

SEKIJANG, 27 Sept – Naib Ketua UMNO bahagian Sekijang Anuar Abd Manap berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung pada 28 – 30 September ini haruslah digunakan sebaik mungkin bagi membina semula kekuatan di akar umbi sebagai proses mengembalikan kejituan parti keramat ini. Jelas beliau, budaya seperti mengampu pemimpin dan rasa selesa bekerja kini telah tamat dan semua ahli […]

» Read more

Mahasiswa Dalam Dan Luar Negara Mula Berkumpul Di PWTC Sempena PAU 2018

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seramai 69 mahasiswa dalam dan luar negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) yang bakal membuka tirai pada 28 – 30 September ini. Daripada jumlah tersebut, 54 orang merupakan perwakilan daripada mahasiswa dalam negeri dan 15 orang daripada Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Penyertaan mereka […]

» Read more

Jom Ikuti Facebook ‘Live’ Ucapan Utama Perhimpunan Agung UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 27 – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 akan membuka tirainya pada esok, Jumaat yang bakal menghimpunkan bukan sahaja para perwakilan dan pemimpin parti dari seluruh negara malahan ahli-ahli dari akar umbi, penyokong serta masyarakat umum pasti akan tertumpu kepadanya. Seperti kelaziman saban tahun, semua pihak akan mengikuti beberapa acara dan majlis seperti persidangan setiap sayap pergerakan dan juga […]

» Read more

Fokus Kepada Peralihan Generasi Selepas Era Dr Mahathir Dan Anwar – KJ

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik selepas era kepemimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata negara mempunyai ramai pemimpin muda berbakat dan kemunculan generasi baharu ahli politik akan memberi isyarat kepada perubahan politik di Malaysia. “Tun Mahathir adalah seorang yang hebat tetapi dia berusia 93 tahun, saya fikir beliau akan berkhidmat selagi kesihatannya mengizinkan. Anwar perlu menjadi perdana menteri selepas itu kerana jika […]

» Read more

Baru Kalah Sekali… Jangan Mengalah, UMNO Mampu Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli-ahli UMNO diseru jangan putus harapan dengan kekalahan parti yang berlaku pertama kali dalam sejarah, kerana UMNO mampu untuk bangkit semula kerana parti ini mempunyai  track record  yang baik sepanjang 61 tahun menjadi tonggak utama pentadbiran kerajaan di negara ini, demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, takkanlah baru sekali UMNO tewas […]

» Read more
1 1,894 1,895 1,896 1,897 1,898 1,935