Semua Jemaah Haji Malaysia Selamat Di Arafah

ARAFAH, 20 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa semua jemaah haji Malaysia selamat dalam kejadian ribut di sini yang berlaku pada 6.30 petang hingga 8.00 malam waktu Arab Saudi. Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata kekukuhan struktur binaan rangka khemah yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi menjadi antara penyebab kepada ketiadaan kemalangan jiwa yang melibatkan jemaah Malaysia. […]

» Read more

Calon MCA Mahu Jadi Ejen ‘Semak Dan Imbang’

BANGI, 18 Ogos –  Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Tan Chee Teong  bertekad untuk menjadi ejen ‘semak dan imbang’ selaku pembangkang kepada  Kerajaan  Negeri Selangor, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan. Sebagai permulaan, anak jati Balakong itu berkata beliau akan memastikan keadaan di beberapa kawasan di DUN itu yang mana lebih 60 […]

» Read more

Himpunan Aman Desak Janji Manifesto PH

GEORGE TOWN, 18 Ogos – Sekumpulan 50 orang anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH)  melaksanakan semua janji manifesto yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lepas walaupun tempoh 100 hari telah berakhir. Timbalan Presiden Civil Human Right Movement Malaysia ( CHARM) Datin Hasnah Abdul Rahman berkata mereka berkumpul hari ini bagi menyuarakan suara rakyat […]

» Read more

PRK Balakong: Medan Pertembungan MCA Dan PH

BANGI, 18 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan MCA. PH yang buat pertama kali menggunakan logonya menampilkan pemimpin muda wanita daripada parti gabungannya DAP Wong Siew Ki manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.  Pilihan raya kecil ini diadakan […]

» Read more

Seri Setia: Dua Kali Hujan Lebat Tidak Lunturkan Semangat Penyokong Parti Bertanding

PETALING JAYA, 18 Ogos – Hujan lebat ternyata tidak melunturkan semangat lebih 100 penyokong Pakatan Harapan dan PAS yang hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing ketika proses penamaan calon, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia hari ini. Tinjauan Bernama mendapati  penyokong kedua-dua parti tiba di hadapan perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kira-kira […]

» Read more

Mohamad Seru Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Bantu Turki

SEREMBAN, 17 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama parti itu menzahirkan sokongan kepada Turki yang kini berdepan dengan krisis kewangan. Beliau berkata ini termasuk menghulurkan bantuan yang akan mengukuhkan lagi semangat setia kawan dan hubungan antara dua negara di samping membantu Turki pimpinan Presiden Tayyip Erdogan mengharungi situasi getir […]

» Read more

Cerita Sebenar Mengenai 1MDB Harus Diketahui – KJ

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cerita sebenar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diketahui dan beliau sekali gus menyokong perkara itu disiasat semula Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Beliau menegaskan bukan sahaja rakyat mahu tahu kebenaran mengenai skandal 1MDB, malah Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga mahu memastikan ia […]

» Read more

Tolak Iktiraf LGBT, Cadang Wujud Pusat Pemulihan – Wanita UMNO Pahang

TEMERLOH, 17 Ogos – Wanita UMNO Pahang mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Ketuanya Datuk Siti Hajar Mubin optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi. Wanita UMNO Pahang menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan penyokong LGBT supaya golongan […]

» Read more

Dasar Masih Kabur Selepas 100 Hari PH Ambil Alih Johor

JOHOR BAHRU, 17 Ogos – Rakyat dan akar umbi masih kabur dan tidak jelas dengan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) terutamanya di negeri ini meskipun sudah tiga bulan mengambil alih tampuk pentadbiran Johor. Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata janji dan tahap pelaksanaan PH terutama barisan EXCO di negeri ini masih tidak nampak impaknya kepada peringkat akar umbi. […]

» Read more

Kerajaan ‘Kakistocracy’ Bukan Sekadar Gelaran,Tapi Realiti Yang Patut Dibimbangi Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menyifatkan barisan kepimpinan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum bersedia menjadi pemerintah memandangkan sebahagian besar daripada menteri-menteri mereka tidak tahu sistem pemerintahan itu sendiri. Katanya, memang selayaknyalah kerajaan PH hari ini digelar sebagai sebuah kerajaan ‘Kakistocracy’ yang membawa maksud sebuah sistem kerajaan yang ditadbir oleh satu […]

» Read more
1 1,875 1,876 1,877 1,878 1,879 1,903