Agong Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

PUTRAJAYA, 12 Sept – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara di sini. Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM itu diadakan sempena sambutan ulang tahun rasmi hari keputeraan baginda pada Ahad lalu. Keberangkatan tiba Seri Paduka di […]

» Read more

Jangan Skeptikal Bila Ada Bekas Ahli Mahu Kembali Bersama UMNO – Lokman

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, orang UMNO jangan bersikap skeptikal dan tidak perlu berasa marah apabila ada bekas ahli UMNO mahu kembali ke pangkuan parti ini. Ini kerana jelas beliau, mereka yang keluar parti dulu adalah kerana tidak bersetuju dengan Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri ke empat. […]

» Read more

Langgar Janji Perlihatkan Menteri Pendidikan Tidak Punyai Berprinsip

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah meminta Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik agar tidak memperbodohkan rakyat dengan alasan tidak ‘mahu derhaka’ berhubung isu pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, pelantikan itu akan dicadangkan oleh kerajaan dan beliau boleh saja menolak tawaran tersebut sebelum dipersetujui diperingkat tertinggi. “Kemudian […]

» Read more

Tahap Peduli Politik Orang Melayu Semakin Tinggi – Annuar

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan pilihanraya kecil DUN Seri Setia memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi masalah sokongan daripada pengundi kaum Cina yang dilihat tidak kisah untuk mempertahankan kerajaan PH walaupun penasihat Dap, Lim Kit Siang membuat seruan khas kepada golongan itu untuk keluar mengundi. Sementara itu menurut beliau, […]

» Read more

Tiga Bulan Tiada Pendakwaan, Aset Perlu Dipulangkan Kepada UMNO – Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept.- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan aset yang disita oleh pihak polis masih belum dipulangkan kepada UMNO. Najib berkata, mengikut undang-undang, aset yang dirampas perlu dikembalikan selepas tiada dakwaan dibuat dalam tempoh tiga bulan. “Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Abu Hassan Omar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Presiden parti bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang meninggal dunia sebentar tadi. Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital Columbia Asia di sini. Semoga Allah swt menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang-orang beriman. Al Fatihah. – MediaUMNO

» Read more

Peratusan Undi Rendah Disebabkan Pandangan Pengundi

PETALING JAYA, 8 Sept – Peratusan keluar mengundi yang rendah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong adalah sebab pengundi berpendapat undi mereka tidak akan mengubah senario politik negara. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata peratusan undi tidak rasmi bagi DUN Seri Setia dan Balakong masing-masing mencatatkan hanya 44 […]

» Read more

Pusat Pengundian PRK Balakong, Seri Setia Dibuka 8 Pagi Ini

BALAKONG, 8 Sept – Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan 18 pusat pengundian dengan 115 saluran bagi PRK DUN Seri Setia dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. Sebanyak 14 sekolah dan dua dewan dijadikan pusat pengundian bagi PRK DUN Balakong, manakala pusat pengundian […]

» Read more

UMNO Minta Kerajaan Johor Nyatakan Pendirian Isu Forest City

JOHOR BAHRU, 8 Sept – UMNO meminta kerajaan negeri Johor menyatakan pendiriannya dengan jelas berkaitan isu Forest City. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata ini kerana terdapat pencanggahan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan berhubung isu pemilikan asing di Forest City. Beliau berkata selain itu kerajaan negeri juga diharap dapat menyatakan strategi mereka dalam memastikan […]

» Read more
1 1,867 1,868 1,869 1,870 1,871 1,902