Ada Kemungkinan Berlaku Pecah Amanah Dalam KFA – Exco

ALOR SETAR, 17 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terdahulu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata salah laku itu didakwa berlaku susulan terdapat beberapa keraguan antaranya berkaitan pemotongan gaji […]

» Read more

Tulisan Jawi: ADUN Dap Pahang Gagal Peroleh Kebenaran Mula Semakan Kehakiman

KUANTAN, 17 Nov – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri ini. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz juga memerintah Chow, 37, selaku plaintif untuk menjelaskan kos masing-masing […]

» Read more

ADUN Bugaya Meninggal Dunia

KOTA KINABALU, 17 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini malam tadi akibat masalah buah pinggang. Sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Semporna memberitahu Manis Muka, 65, meninggal dunia di hospital itu tengah hari tadi. Perkara itu […]

» Read more

COVID-19: Kadar Kesembuhan Lebih Tinggi Berbanding Dua Gelombang Sebelum Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Malaysia berjaya mengimbangi kes positif jangkitan COVID-19 dan pesakit yang sedang dirawat di hospital dengan kadar kesembuhan lebih tinggi berbanding ketika gelombang pertama dan kedua pandemik itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya kejayaan itu adalah hasil daripada usaha kerajaan yang menggunakan pelbagai langkah kesihatan awam dalam menangani pandemik dengan pelaksanaan Perintah […]

» Read more

Salleh Dilantik Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 17 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pemilihan beliau dibuat semasa Mesyuarat Pra-Majlis ADUN-ADUN GRS sebelum sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam. Sementara itu, Salleh menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji […]

» Read more

Perjanjian Penstrukturan Semula Air Dijangka Dimeterai Disember Ini – Wan Rosdy

KUANTAN, 17 Nov – Perjanjian penstrukturan semula bekalan air yang melibatkan kerajaan negeri Pahang, kerajaan persekutuan, Pengurusan Air Pahang (PAIP) serta Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka dapat ditandatangani Disember ini, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata isu itu melibatkan tiga perjanjian iaitu perjanjian utama, perjanjian pajakan dan perjanjian kemudahan yang kesemuanya dalam fasa […]

» Read more

PdP Perlu Disantuni Secara Menyeluruh – Noraini

PUTRAJAYA, 17 Nov – Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian merupakan antara norma baharu yang perlu didakap warga institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. “Mahu atau tidak, PdP secara dalam talian merupakan antara norma baharu yang perlu kita santuni secara menyeluruh,” katanya yang menyatakan PdP menjadi faktor penting kepada […]

» Read more

Jangan Terlalu Bersyarat… Najib Tak Mahu Skim I-Sinar Jadi I-Die

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlalu bersyarat mengenai Skim i-Sinar kerana tidak mahu ia menjadi skim ‘i-Die’ bagi golongan yang tidak layak hanya disebabkan mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat COVID-19. Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, […]

» Read more

Dewan Rakyat Zahir Takziah Atas Kematian Ahli Parlimen Gerik

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. Ucapan itu dizahirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, mewakili kesemua ahli Parlimen dan warga petugas institusi tersebut. “Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan amat aktif dalam urusan Parlimen. […]

» Read more

Ketua Pengarang Sinar Harian Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi ini. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Allahyarham mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah. “Allahyarham masuk hospital sejak dua minggu lepas, dia mengalami batu karang tersumbat dalam hempedu. Selepas itu, terdapat jangkitan […]

» Read more
1 … 1,841 1,842 1,843 1,844 1,845 … 2,372