Salleh Dilantik Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 17 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pemilihan beliau dibuat semasa Mesyuarat Pra-Majlis ADUN-ADUN GRS sebelum sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu, Salleh menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor atas pelantikan beliau itu.

“Ini merupakan satu amanat dan saya akan cuba melakukan yang terbaik dan berusaha menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers GRS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia mencatatkan kemenangan selesa kerusi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.