Jawatan Satu Tanggungjawab, Bukan Perebutan – Shahrul Zaman

IPOH, 7 Dis – Jawatan adalah satu tanggungjawab dan bukan untuk perebutan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya, antara nama yang diuar-uar sebagai bakal Menteri Besar Perak yang baharu, hari ini. ADUN UMNO itu juga berkata semua pihak perlu kembali kepada perkara asas iaitu berjuang untuk rakyat dalam apa juga kapasiti yang ada. “Ibu bapa […]

» Read more

Kerajaan Laksana Semula Langkah Konsolidasi Fiskal Apabila Ekonomi Pulih

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Kerajaan akan kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal setelah ekonomi pulih dalam usaha memastikan paras pendedahan hutang dan liabiliti kewangan kerajaan Persekutuan kekal terkawal dan terurus, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah. Beliau berkata dalam situasi krisis pandemik COVID-19 yang masih berlarutan, kerajaan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi terutama bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan […]

» Read more

Pendakwaan Tidak Terus Kes, Ku Nan Dilepas Tanpa Dibebas

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap […]

» Read more

COVID-19: 1,335 Kes Baharu Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,335 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 72,694, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 11,039 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,069 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak […]

» Read more

DUN Johor Sebulat Suara Sokong, Luluskan Belanjawan Johor 2021

ISKANDAR PUTERI, 6 Dis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara menyokong dan meluluskan Belanjawan Negeri 2021. Rang Undang Undang Enakmen Perbekalan (2021) Tahun 2020 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2021 itu, diluluskan selepas dibahaskan selama enam hari mulai 29 Nov lepas. Belanjawan dengan tema ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ yang dibentangkan pada 26 Nov lepas […]

» Read more

Tangkapan Harian Individu Ingkar Arahan PKP Terus Catat Tiga Angka – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Mereka yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus mencatat tiga angka, apabila semalam seramai 518 individu ditahan, dengan 517 daripadanya dikompaun dan seorang direman. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kegagalan mematuhi arahan penjarakan fizikal menjadi kesalahan tertinggi dengan 193 kes, manakala aktiviti di pusat hiburan sebanyak 119 […]

» Read more

PM Setuju Beri Geran Khas Ringankan Beban Kumpulan Rentan Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 6 Dis – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberikan geran khas berjumlah RM30 juta, bagi meringankan beban kumpulan rentan di negeri ini, yang terjejas akibat COVID-19. Perkara berkenaan diumum Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad semasa menggulung ucapan Belanjawan Johor 2021, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di sini hari ini. “Yang Berhormat tuan Speaker, […]

» Read more

UMNO Seboleh Mungkin Mahu Kekalkan Kerajaan Perak, Akan Persembah Nama Calon MB – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mengambil pendekatan bahawa seboleh mungkin kerajaan yang ada di bawah pimpinan menteri besar yang lalu dapat dikekalkan. Namun begitu katanya, satu pendekatan akan diambil oleh UMNO dan BN bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu tetapi ianya akan mengambil kira semua pertimbangan […]

» Read more

Ahmad Zahid Menghadap Sultan Nazrin

IPOH, 6 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini pagi ini, dipercayai untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu. Kenderaan membawa beliau dilihat memasuki pintu masuk Istana Kinta pada 9.47 pagi tadi. Malam tadi, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen […]

» Read more

Kerajaan Benarkan Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini. Kerajaan juga katanya bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat […]

» Read more
1 … 1,829 1,830 1,831 1,832 1,833 … 2,372