Tiada Kelulusan Aktiviti Perlombongan Bukan Radioaktif Di Hutan Simpan Kekal- KeTSA

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal, kata menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata kelulusan di kawasan selain dari Hutan Simpan Kekal adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan teknikal yang diperoleh terlebih dahulu. “Setakat ini, masih […]

» Read more

Isu Penjualan Aset THP: Pemuda UMNO Akan Terus Pantau, Bersuara

KUALA LUMPUR, 9 Dis – “Walaupun kerajaan umumkan penarikan balik kelulusan penjualan aset-aset ladang THP (Tabung Haji Plantation) ini atas alasan “untuk diteliti dengan lebih lanjut”, kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan memantau dan meneliti dengan dekat perkembangan sama ada transaksi ini bakal diteruskan juga pada masa akan datang.” Demikian tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung keputusan kerajaan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Perak: Ahmad Maslan Optimis UMNO, PAS & Bersatu Akan Bersama

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Ahmad Maslan optimis dan positif bahawa pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu adalah terdiri daripada UMNO, PAS dan juga Bersatu. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian pada Selasa tengah hari telah menyerahkan sendiri surat rasmi UMNO kepada SUA PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan SUA Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin berhubung keputusan Mesyuarat […]

» Read more

Permohonan Semakan Azilah Ketepikan Sabitan Dan Hukuman Mati Bunuh Altantuya, Ditolak

PUTRAJAYA, 8 Dis – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri terhadap sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed berkata mahkamah berpendapat, berdasarkan rekod, tidak menunjukkan terdapat ketidakadilan dalam kes tersebut. Beliau berkata penekanan […]

» Read more

COVID-19 Beri Banyak Pengajaran – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Pandemik COVID-19 memberi banyak ruang untuk mengambil iktibar terhadap kesediaan dan ketahanan sistem penjagaan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata kemampuan Malaysia yang kukuh dalam kesediaan dan respons terhadap wabak itu membantu kementerian memerangi pandemik berkenaan. “Kementerian Kesihatan telah mengakui bahawa persekitaran penjagaan kesihatan pada masa ini mewujudkan beberapa cabaran […]

» Read more

RCI Tabung Haji: Aspek Perundangan, Kaedah Pelaksanaan Sedang Diteliti

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Kerajaan sedang mempertimbang cadangan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) khususnya dari aspek perundangan dan kaedah pelaksanaan supaya mencapai matlamat penubuhannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata cadangan penubuhan RCI itu telah dibincangkan pada mesyuarat jemaah menteri pada 18 Ogos lepas. Jelasnya, kerajaan […]

» Read more

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$105.3 Bln Pada 30 Nov

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$105.3 bilion pada 30 Nov, berbanding US$104.9 bilion pada 13, Nov. BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing […]

» Read more

Isu Perak: UMNO, BN, MN Adakan Mesyuarat – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 7 Dis – UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) akan mengadakan mesyuarat bermula malam ini bagi membincangkan situasi pembentukan kerajaan negeri Perak. Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan malam ini diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok. “Malam lusa (Rabu) Jawatankuasa Perundingan MN (bermesyuarat). Berunding […]

» Read more

Kementerian Sedia Bincang Dengan Sabah Laksana Pan Borneo Melalui PFI – Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia berbincang dengan kerajaan negeri Sabah mengenai pelaksanaan kaedah baharu pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu. Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia termasuk memberi kebenaran kepada negeri Sabah untuk melaksanakannya secara inisiatif kewangan swasta (PFI). “Menjawab apa yang telah dikatakan Kinabatangan tadi, yang memohon supaya […]

» Read more

Saarani Akan Hadir Ke Mesyuarat Khas MT UMNO Malam Ini

IPOH, 7 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad antara yang akan hadir ke mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini. Datuk Saarani Beliau mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama. Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi […]

» Read more
1 … 1,828 1,829 1,830 1,831 1,832 … 2,372