PKPB Di Selangor, KL, Sabah Serta Beberapa Lokaliti Dilanjutkan Hingga 14 Jan 2021

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua […]

» Read more

JAKIM Akan Keluarkan Senarai Pengimport Daging Berlesen

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini, bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbincangan lanjut bersama pihak Bahagian Pengurusan Halal Jakim turut diadakan bagi menyelesaikan isu […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Nafi Kos Vaksin Lebih Tinggi Daripada Belgium

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kerajaan hari ini menafikan bahawa kos vaksin COVID-19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang ditampung Belgium. Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan Belgium menempah 33.5 juta dos vaksin untuk diberikan kepada 16.7 juta rakyatnya dengan harga RM1.38 bilion. “Belgium akan memberikan dua dos vaksin kepada setiap rakyatnya […]

» Read more

GST Akan Dilaksanakan Semula Selepas Kajian Terperinci Dilakukan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kerajaan hanya akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kajian terperinci dilakukan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakri berkata walaupun diakui ia merupakan sistem percukaian yang komprehensif berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), namun kerajaan mengambil iktibar perkara yang berlaku sebelum ini sehingga menimbulkan […]

» Read more

Perak Tanam Lebih Sejuta Pokok Sepanjang 2020

IPOH, 28 Dis – Kerajaan negeri Perak berjaya menanam 1.21 juta pokok di semua kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang ada, sepanjang tahun ini. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya akan meneruskan usaha menghijaukan alam sekitar selari dengan kempen penanaman 100 juta pokok selama lima tahun bermula tahun depan yang diterajui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui kerjasama Jabatan […]

» Read more

Cabaran Hapuskan COVID-19 Tidak Halang Usaha Pemerkasaan Sektor Awam – PM

MELAKA, 28 Dis – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak COVID-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat. Perdana Menteri berkata tanggungjawab penjawat awam kini adalah untuk membudayakan norma baharu dalam cara kerja, supaya perkhidmatan tersebut tetap dapat disampaikan secara efektif […]

» Read more

“Jika Buat RCI TH, Bukan Pendeposit Yang Lari… Saya Bimbang Kekanda Dan PH Yang Lari,” Sinis Najib

KUALA LUMPUR, 28 Dis – “Jika buat RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) TH (Tabung Haji), bukan pendeposit yang lari. Saya bimbang kekanda dan PH (Pakatan Harapan) yang lari.” Demikian sinis Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu komen di dalam satu status Facebooknya kepada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerajaan PH Datuk Seri Dr Mujahid […]

» Read more

Isu Kartel Daging Haram: Lagi Pihak Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas, Drastik

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar tindakan drastik dan tegas diambil dalam kadar segera bersesuaian dengan enam saranan yang telah dibentangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini berhubung isu kartel daging haram. Kata Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid, sesemua pihak yang terlibat umpama pengkhianat negara kerana sanggup membelakangi agama demi kepntingan peribadi. “Tindakan terhadap […]

» Read more

BN Perlu Berani Berubah, Lebih Terbuka – Pemuda UMNO Johor

  KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong dan menyambut baik saranan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan supaya BN membina kekuatan baharu termasuk menerima penyertaan beberapa parti politik yang sebelum ini menjadi rakan parti. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menjelaskan Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat memaklumkan BN tidak lagi […]

» Read more

COVID-19: Dr Noor Hisham Rayu Masyarakat Tidak Bohongi Petugas Kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini merayu masyarakat agar tidak menipu petugas kesihatan dengan menyembunyikan status kesihatan mereka ketika datang mendapatkan rawatan atau untuk saringan COVID-19. “Jangan tipu frontliners, kami juga perlu dilindungi, ada keluarga dan rakan-rakan, jangan aniaya frontliners,” katanya menerusi Facebook, di sini hari ini. Beliau berkata demikian […]

» Read more
1 … 1,815 1,816 1,817 1,818 1,819 … 2,372