Pasca PRU-14 Buka Lembaran Baru Terhadap UMNO – Shahril

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan berkata pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah membuka lembaran baru kepada semua ahli UMNO untuk bermuhasabah diri selain menyemak semula kaedah perjuangan yang telah dibawa selama ini. “Untuk bangkit semula dari kekalahan dan krisis ini, UMNO memerlukan proses pembaharuan menyeluruh dari segi struktur, idea, gaya penampilan dan […]

» Read more

Kemelut MB Perlis Selesai, Semua Adun BN Akur Keputusan Raja Perlis

KANGAR, 5 Jun – Kesemua sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akur dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar manakala pelantikan dan istiadat angkat sumpah anggota Exco dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini. ADUN Chuping Asmaiza Ahmad berkata pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang dimaklumkan mengenai keputusan itu juga tidak membantah. ”Keputusan […]

» Read more

Salleh Galas Tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 5 Jun – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat pengumuman itu berkata perkara itu diputuskan dalam perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah semalam. Salleh yang juga Bendahari UMNO mengambil alih tugas […]

» Read more

Johari Abdul Ghani Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 30 Jun ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Johari berkata beliau telah menganggotai UMNO sejak 1988, memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa selama lapan tahun, menganggotai Majlis Tertinggi UMNO, […]

» Read more

Khaled Tawar Diri Bertanding Naib Presiden UMNO, Tekad Kembalikan Kepercayaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang. Jelas beliau, walaupun tidak mempunyai ‘sifir ajaib’ bagaimana segala masalah UMNO dapat dibetulkan dengan mudah dan segera tetapi beliau berjanji akan terus berpaksi kepada pegangan dan keyakinan untuk membantu […]

» Read more

Ahli Wanita Harus Berani Membawa Pembaharuan Dan Perubahan Bagi Bina Kembali UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru agar seluruh jentera pergerakan tersebut berani membawa pembaharuan dan perubahan untuk disusun dengan baik bagi menjalin semula kebangkitan parti keramat ini ekoran dari kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, bersempena dengan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO bahagian-bahagian yang sedang […]

» Read more

Kegagalan Kerajaan PH Laksana Janji 100 Hari Sudah Dijangka – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan  kerajaan  Pakatan Harapan (PH)  tidak akan mampu melaksanakan janji manifeso dalam 100 hari kerana semua janji tersebut tidak boleh dilaksanakan, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau juga menyifatkan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata. “Contohnya […]

» Read more

Kemukakan Calon Baharu Selesaikan Kemelut MB Perlis

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis boleh diselesaikan dengan Barisan Nasional (BN) Negeri dan Datuk Seri Azlan Man mengemukakan calon baharu yang disokong oleh kedua-dua pihak, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau berkara perkara itu harus diselesaikan dengan segera kerana ia memberi gambaran buruk kepada BN dan UMNO. “Formula baharu yang boleh diketengahkan ialah mengemukakan calon […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Untuk Membina Semula Parti Keramat UMNO

PEKAN, 24 Mei – Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad berkata, semangat luar biasa diperlukan ketika ini untuk UMNO bangkit dan terus berjuang bagi membina semula keruntuhan parti selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, semua pihak harus bangkit khususnya di peringkat akar umbi bagi menyusun semula jentera, merapatkan saf di peringkat paling […]

» Read more

Pihak Terlibat Siasatan 1MDB Tidak Wajar Keluar Kenyataan – J/Kuasa 1MDB

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Mereka yang terlibat dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengelak daripada mengeluarkankan sebarang kenyataan umum mengenai status siasatan itu, kata Jawatankuasa Siasatan 1MDB Majlis Penasihat Kerajaan (CEP). Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata sebarang kenyataan umum sepatutnya dibuat kemudian agar ia tidak menjejaskan serta menimbulkan prejudis […]

» Read more
1 1,741 1,742 1,743 1,744 1,745 1,746