Isu Bahasa: NGO Serah Memorandum, Tuntut Guan Eng Mohon Maaf

PUTRAJAYA, 29 Jun – Lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu diketuai Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tun Hanif Omar hari ini menyerahkan Memorandum Mendaulatkan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Memorandum empat muka surat itu antara lain mengandungi desakan agar Guan Eng menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi pentadbiran kerajaan dan menarik […]

» Read more

UMNO Akan Jadi ‘Singa’ Dalam Dewan Rakyat – KJ

BUTTERWORTH, 29 Jun – Calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin akan memastikan UMNO menjadi ‘singa’ untuk rakyat Malaysia bagi menuntut janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata sekiranya terpilih memegang jawatan tertinggi dalam parti itu, beliau akan pastikan UMNO menjadi sebuah parti yang kuat dan bersedia dengan barisan menteri kabinet […]

» Read more

Keluarga Najib Mulakan Proses Undang-Undang Tuntut Barangan Yang Dirampas

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan mereka yang dirampas polis bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion. Keluarga bekas perdana menteri itu turut mengulangi, barangan yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada rakan-rakan, kenamaan asing termasuk kerabat diraja dalam pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti […]

» Read more

Beku Akaun UMNO : Khairy Harap Hanya Untuk Siasatan

BAGAN SERAI, 28 Jun – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO pusat dan beberapa negeri diharap hanya untuk menjalankan siasatan bukan usaha untuk mengharamkan parti itu, kata calon presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Khairy berkata sekiranya dipilih sebagai presiden UMNO beliau akan bertindak segera dan berusaha untuk memastikan akaun dan harta sah milik UMNO tidak dirampas. “(Sekiranya menang) […]

» Read more

Tindakan Parti Komponen, Wakil Rakyat Keluar Parti Dalam Pengetahuan UMNO

SANDAKAN, 28 Jun – Tindakan parti keluar dari komponen Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyat UMNO keluar parti adalah dalam pengetahuan kepimpinan UMNO, kata Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata, terdapat ahli UMNO resah dengan senario ini yang berlaku disebabkan politik negara dan beberapa negeri belum stabil. “Kita harap semua ahli UMNO bersabar…Apa juga alasan yang diberikan oleh mereka […]

» Read more

1MDB: Jangan Tuduh Sebelum Dibuktikan Bersalah – Bekas MB Terengganu

KUALA NERUS, 28 Jun – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menasihatkan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said. Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir berkata siasatan harus diserahkan sepenuhnya kepada […]

» Read more

Md Alwi Che Ahmad Dilantik Ketua Pembangkang Dun Kelantan

KOTA BHARU, 28 Jun – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga ADUN Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Md Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan dipilih berdasarkan pengalaman luas beliau dan merupakan seorang ADUN Barisan […]

» Read more

Jangan Anak Tirikan Negeri Ditadbir BN-Sharkar Shamsuddin

TEMERLOH, 28 Jun – Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik langkah penambahbaikkan pentadbiran di peringkat kampung yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, namun berharap ia dapat dilaksana secara adil termasuk kepada negeri pembangkang. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pengagihan peruntukan dan bayaran elaun kepada ketua kampung serta barisan anggota jawatankuasa juga perlu diagihkan untuk […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Calon Bertanding Pemilihan Sabtu Ini Buat Aku Janji Kesetiaan

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesa semua calon yang bertanding pada pemilihan parti, Sabtu ini supaya membuat aku janji kesetiaan terbuka kepada anggota parti. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata aku janji itu bertujuan memastikan mereka terus berjuang di dalam UMNO dan sebagai lambang kesetiaan kepada parti. “Saya minta mereka (yang bertanding) mesti membuat […]

» Read more

Ahli Parlimen Bukit Gantang keluar UMNO, BN

TAIPING, 27 Jun –  Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa 1 Julai ini. Syed Abu Hussin yang memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 4,089 undi, turut  mengisytiharkan peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dan Pengerusi […]

» Read more
1 1,723 1,724 1,725 1,726 1,727 1,734