Kemukakan Calon Baharu Selesaikan Kemelut MB Perlis

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis boleh diselesaikan dengan Barisan Nasional (BN) Negeri dan Datuk Seri Azlan Man mengemukakan calon baharu yang disokong oleh kedua-dua pihak, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau berkara perkara itu harus diselesaikan dengan segera kerana ia memberi gambaran buruk kepada BN dan UMNO. “Formula baharu yang boleh diketengahkan ialah mengemukakan calon […]

» Read more

Sultan Selangor Bimbang Gejala Dadah Babitkan Golongan Belia

SHAH ALAM, 31 Mei – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah gejala dadah terutama dalam kalangan golongan belia yang menyalahgunakan dan membawa masuk bahan itu dengan pelbagai modus operandi penyeludupan yang baharu sehingga sukar dibendung. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor, Zamani Ahmad Mansor berkata ini kerana, baginda selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan […]

» Read more

UMNO Johor Gesa K’jaan Negeri Semak Keputusan Tamat Perkhidmatan Ketua Kampung

JOHOR BAHRU, 30 Mei – UMNO Johor menggesa kerajaan negeri menyemak semula keputusan menamatkan perkhidmatan ketua kampung dan ketua masyarakat di negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata arahan penamatan perkhidmatan mereka yang berkuat kuasa esok dibuat melalui surat menteri besar bertarikh 28 Mei. Mohamed Khaled dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata […]

» Read more

Hormati Bulan Ramadan, Elak Perbuatan Memfitnah – Tengku Abdullah

LIPIS, 29 Mei – Umat Islam diingatkan supaya menghormati kehadiran Ramadan dengan tidak membuat fitnah, mencaci dan membuat cerita tidak benar hingga menimbulkan kebencian seterusnya permusuhan sesama sendiri. Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan seperti itu hanya akan merugikan generasi akan datang dan negara. “Sempena kehadiran Ramadan ini saya ingin mengingatkan diri saya dan umat Islam […]

» Read more

Beri Keutamaan Kepada Kebajikan Rakyat – Tengku Abdullah

ROMPIN, 26 Mei — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat, termasuk dalam isu berkaitan perumahan. Baginda bertitah aspek perumahan khususnya yang melibatkan rumah mampu milik penting untuk membantu mereka yang baharu hendak memulakan kehidupan. “Pihak kerajaan juga perlu memperhalusi masalah berkenaan bekalan air dan elektrik di seluruh kawasan. Saya amat mementingkan […]

» Read more

Masa Untuk Bekerja, Tiada Lagi Drama – Azlan

KANGAR, 25 Mei – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memulakan tugas di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, walaupun berhadapan dengan krisis setelah pelantikannya sebagai menteri besar tidak dipersetujui wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lain. Beliau tiba di pejabatnya pada 10.10 pagi dan hanya memberi peluang seketika kepada pemberita untuk merakamkan gambarnya dan enggan […]

» Read more

Akar Umbi Bersemangat Untuk Perkukuh Kembali UMNO – Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Mei -Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyeru kepada semua ahli UMNO khususnya di akar umbi untuk kembali membina jati diri bagi memperkuatkan semula parti keramat UMNO. Jelas beliau, ahli UMNO tidak harus patah semangat atas apa yang berlaku tetapi seharusnya memandang secara positif apa yang telah terjadi. “Apa yang berlaku adalah […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Untuk Membina Semula Parti Keramat UMNO

PEKAN, 24 Mei – Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad berkata, semangat luar biasa diperlukan ketika ini untuk UMNO bangkit dan terus berjuang bagi membina semula keruntuhan parti selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, semua pihak harus bangkit khususnya di peringkat akar umbi bagi menyusun semula jentera, merapatkan saf di peringkat paling […]

» Read more

Pihak Terlibat Siasatan 1MDB Tidak Wajar Keluar Kenyataan – J/Kuasa 1MDB

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Mereka yang terlibat dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengelak daripada mengeluarkankan sebarang kenyataan umum mengenai status siasatan itu, kata Jawatankuasa Siasatan 1MDB Majlis Penasihat Kerajaan (CEP). Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata sebarang kenyataan umum sepatutnya dibuat kemudian agar ia tidak menjejaskan serta menimbulkan prejudis […]

» Read more

Pembubaran Jasa Beri Kesan Kepada Kecekapan Kerajaan – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Pembubaran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memberi kesan kepada kecekapan kerajaan, kestabilan politik dan ekonomi negara, kata Pengarah Bahagian Komunikasi Strategiknya, Tun Faisal Ismail Aziz. Beliau berkata kerajaan memerlukan khidmat Jasa dalam membuat analisa pelbagai isu semasa, mendapat maklum balas rakyat, memberi penjelasan kepada rakyat, memperkukuhkan kestabilan politik dan keselamatan negara serta mendapatkan sokongan […]

» Read more
1 1,700 1,701 1,702 1,703 1,704 1,705