Risiko Penularan COVID-19 Secara Mendadak Di Malaysia Masih Wujud – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 2 Mei  – Risiko penularan COVID-19 secara mendadak di negara ini masih wujud sekiranya rakyat lalai dan alpa dalam mengamalkan normal baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata oleh itu, kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing adalah sangat penting bagi memastikan kita berjaya menewaskan wabak tersebut. “KKM (Kementerian Kesihatan) ingin […]

» Read more

COVOD-19: Pelancong Asing Terus Disekat Untuk Elak Kes Import – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 Mei – Kerajaan akan terus mengawal sempadan negara dan menyekat kemasukan pelancong asing ke negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ia sebagai langkah bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu kes import COVID-19 sepertimana yang terjadi di Hokkaido, Jepun, seelum ini. “… di Hokkaido, mereka […]

» Read more

Imej Pasar Borong Kuala Lumpur Perlu Ditambah Baik – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Imej Pasar Borong Kuala Lumpur perlu ditambah baik selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berakhir di kawasan itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Keadaan di sekitar pasar itu tidak boleh kelihatan kotor seperti sekarang dan pekerja asing di kawasan tersebut perlu berdaftar dengan pihak berkuasa. “Selepas PKPD, saya terpanggil untuk mencari penyelesaian […]

» Read more

PDRM Terima Lebih 500,000 Permohonan Menerusi Aplikasi Gerak Malaysia – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 500,000 permohonan orang ramai melalui aplikasi Gerak Malaysia untuk pulang bekerja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata PDRM akan menyediakan jadual pergerakan yang bermula dari 7 Mei-10 Mei ini bagi tujuan itu. “Kita akan membenarkan rakyat terperangkap di kampung untuk pulang ke bandar dan […]

» Read more

Bekalan Makanan Cukup, Jangan Buat Pembelian Panik

KUANTAN, 2 Mei – Orang ramai diminta tidak melakukan pembelian panik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin ini, kerana bekalan makanan mencukupi, termasuk di sepanjang bulan Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata orang ramai tidak perlu risau kerana bekalan makanan semasa cukup untuk tempoh sehingga […]

» Read more

Institusi Kewangan Disaran Lupus Faedah Terakru Dalam Tempoh Moratorium – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut. Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank […]

» Read more

Jangan Alpa Di Sebalik Pelaksanaan PKPB, COVID-19 Masih Ada

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam, merupakan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia setelah hampir dua bulan ‘terkurung’ di dalam rumah. Kebenaran untuk sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan beroperasi, selain kebenaran beberapa aktiviti lain dengan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) […]

» Read more

PKPB Buatlah Secara Beransur-ansur, Takut Tak Terkawal – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Melihat kepada trend peningkatan kes Covid-19 beberapa hari lalu termasuk semalam yang merekodkan 69 kes baharu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan apakah kelonggaran besar secara serentak bermula Isnin 4 Mei ini satu keputusan kerajaan yang tepat, sedangkan tempoh PKP fasa ke-4 akan berakhir 12 Mei akan datang? Soal beliau […]

» Read more

Harga RON 95, RON 97, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.40 seliter. Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). […]

» Read more

COVID-19: 69 Kes Baharu Dicatat, Satu Kematian

PUTRAJAYA, 1 Mei – Kes baharu positif COVID-19 kekal pada dua angka dengan 69 kes baharu dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,071 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 12 kes adalah kes import manakala 57 lagi merupakan kes penularan […]

» Read more
1 1,513 1,514 1,515 1,516 1,517 1,936