Semakan Semula Penarafan Fitch Susulan Impak Negatif COVID-19, Perkembangan Politik

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Semakan semula penarafan kredit negara ke atas Malaysia oleh Fitch Ratings adalah disebabkan terutamanya impak negatif daripada pandemik COVID-19 ke atas kedudukan fiskal negara dan situasi politik tempatan ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau melahirkan rasa kecewa kerajaan dengan penarafan tersebut terutamanya ketika tempoh luar biasa ketika ini […]

» Read more

Politik Perak Bukan Hasrat Runtuhkan Kerajaan PN, Yang Mahu Ditukar Hanya MB – Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa situasi politik yang berlaku di Perak melalui undi percaya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diputuskan oleh ahli-ahli DUN yang bukan berhasrat untuk meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri terbabit sebaliknya mengekalkan kerajaan yang ada. Katanya, undi percaya yang telah terhasil ialah 48 […]

» Read more

KWSP Digesa Buka Ruang, Pemuda UMNO Kumpul Tujuh Maklum Balas Utama Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menerima ratusan panggilan dan ribuan mesej aduan melalui Sekretariat Pemantau Masalah Rakyat Mengenai KWSP (Pemantau-Pemuda UMNO) yang rata-rata menzahirkan rasa marah dan kecewa terhadap KWSP yang masih meletakkan pelbagai syarat bagi membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka di dalam Akaun 1 KWSP. Sehubungan itu, Pemuda UMNO mahukan KWSP untuk berbesar […]

» Read more

81,240 Individu Pulang Ke Tanah Air – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Seramai 81,240 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepas dan ditempatkan di 75 hotel serta 17 Institut Latihan Awam dan institut pengajian tinggi swasta di seluruh negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 11,682 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 509 […]

» Read more

KWSP: Jangan Dibunuh Harapan Rakyat, Pastikan i-Sinar Terus Bersinar

KUALA LUMPUR, 4 Dis – “Bantulah, permudahkanlah, jangan dibunuh harapan rakyat… semoga kerajaan lebih bersikap ikhlas dan bertanggungjawab terhadap rakyat.” Demikian luah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berhubung pemohonan kemudahan i-Sinar di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengenakan syarat-syarat bagi pemohon dan tidak menyeluruh kepada semua pencarum. Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan […]

» Read more

Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti ADUN Perak

IPOH, 4 Dis – Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam usul Undi Percaya Terhadap Menteri Besar Perak yang dibuat sebentar tadi. Sebanyak 10 menyokong usul, 48 tidak menyokong usul dan 1 berkecuali. DUN Perak mempunyai 59 […]

» Read more

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Lulus Di Peringkat Jawatankuasa

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Selepas Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar, peruntukan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima persidangan Dewan Rakyat setelah selesai dibahas, digulung dan melalui proses pengundian baik secara suara majoriti atau belah bahagian. Ada Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai kemenangan 11-0 untuk kerajaan Perikatan Nasional selepas peruntukan Belanjawan 2021 bagi semua 11 kementerian […]

» Read more

Kerajaan Perlu Letakkan Kepercayaan Kepada Rakyat, Skim i-Sinar Perlu Ditambahbaik – Najib

SEJAK bulan Oktober, saya dan Barisan Nasional (BN) telah tuntut kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dari langsung tidak dibenarkan ke pengeluaran bersyarat bagi 600 ribu ahli ke 2 juta ahli dengan syarat dan akhirnya ke pengumuman semalam bahawa 8 juta ahli KWSP dibenarkan dengan syarat. Namun skim i-Sinar ini masih mempunyai […]

» Read more

KeTSA Sediakan SOP Perlombongan NR-REE

PUTRAJAYA, 3 Dis — Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) untuk memastikan perlombongan secara mampan, kata Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. SOP itu merangkumi keseluruhan rantaian nilai mineral daripada perlombongan hingga kepada pengurusan sisa dan penutupan lombong secara progresif, serta disokong perundangan berkaitan iaitu Akta Pembangunan […]

» Read more

Johor Destinasi Pelancongan Tahun 2019 Turun Ke Tangga Ketujuh, Berbanding Ketiga Pada 2016-2018

ISKANDAR PUTERI, 3 Dis – Kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan dalam negara jatuh ke tangga ketujuh tahun lepas berbanding ketiga pada 2016 hingga 2018, menurut Laporan Tourism Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata antara sebab berlakunya penurunan ranking itu adalah kerana kurangnya promosi atau hebahan yang efektif dan strategik terhadap produk-produk pelancongan Johor. […]

» Read more
1 1,381 1,382 1,383 1,384 1,385 1,952