KWSP Digesa Buka Ruang, Pemuda UMNO Kumpul Tujuh Maklum Balas Utama Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menerima ratusan panggilan dan ribuan mesej aduan melalui Sekretariat Pemantau Masalah Rakyat Mengenai KWSP (Pemantau-Pemuda UMNO) yang rata-rata menzahirkan rasa marah dan kecewa terhadap KWSP yang masih meletakkan pelbagai syarat bagi membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka di dalam Akaun 1 KWSP.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO mahukan KWSP untuk berbesar hati dan membuka ruang seluas-luasnya untuk para pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri demi kelangsungan kehidupan kini.

Ketua Sekretariat Pemantau Isu KWSP-Pemuda UMNO, π‘­π’‚π’“π’Šπ’…π’›π’–π’ 𝑨𝒛𝒍𝒂𝒏 berkata, daripada maklum balas yang diperolehi, Sekretariat Pemantau Isu KWSP-Pemuda UMNO telah menyenaraikan tujuh senario untuk pengetahuan pihak KWSP yang dicetuskan rakyat mengenai kekangan syarat hingga berkemungkinan tidak memungkinkan pengeluaran melalui i-Sinar sebagaimana kriteria yang ditetapkan oleh pihak KWSP.

β€œSenario-senario ini adalah rangkuman daripada tiga cadangan utama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi memperbaiki syarat-syarat pengeluaran caruman ini dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah menyatakan cadangan seperti memansuhkan segala syarat yang tidak munasabah, mengurangkan karenah birokrasi dan memberikan pilihan untuk mengeluarkan caruman maksimum RM10,000 secara sekaligus.

β€œPemuda UMNO melalui sekretariat ini akan menyerahkan aduan-aduan yang diterima kepada pihak KWSP untuk diperhalusi. Pemuda UMNO akan terus menjadi penghubung suara rakyat dalam isu ini,” katanya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkenaan isu terbabit dalam satu kenyataan.

Berikut ialah tujuh maklum balas utama rakyat:

1. Seorang pencarum yang hilang pendapatan kurang daripada 30 peratus. Pengadu memaklumkan, majikan telah membuat pemotongan 10 peratus daripada gaji pokok pekerja dan oleh kerana syarat 30 peratus yang ditetapkan. Ada juga yang berkata, gaji tidak dipotong tetapi elaun kerja lebih masa dan komisen tidak diperolehi akibat penularan wabak ini.

2. Pencarum yang gajinya rendah. Sebagai contoh, ada individu yang membuat aduan bahawa gajinya hanya RM1,200 sebulan dan jika syarat 30 peratus dikenakan ia amat tidak munasabah.

3. Pencarum yang diberhentikan kerja bermula Nov 2020. Bagi pencarum yang diberhentikan kerja pada tempoh tersebut tidak layak mengeluarkan caruman i-Sinar kerana syarat baru yang diperkenalkan.

3. Pencarum yang baru mula bekerja bermula Nov 2020. Ada pengadu yang memaklumkan baru mendapat kerja bulan Oktober/November. Tetapi oleh kerana syarat wajib tiada caruman sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum permohonan, ia menidakkan pengeluaran golongan ini.

5. Tempoh masa yang panjang bagi mengeluarkan wang caruman. Bagi yang masih bekerja tetapi terjejas pendapatan permohonan hanya boleh dilakukan pada 11 Januari 2021 dan jawapan hanya akan diberikan sekurang-kurangnya 3 minggu dari tarikh permohonan. Bagi pengadu, ini adalah satu tempoh yang lama dan ada yang sangat memerlukan dalam waktu tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) ini.

6. Pemohon i-Lestari layak secara automatik. Para pengadu juga memberi cadangan supaya sesiapa sahaja yang memohon i-Lestari layak secara automatik untuk i-Sinar.

7. Memberi pengeluaran penuh maksimum RM10,000 secara sekaligus (one-off). Ada pengadu menyatakan keperluan untuk mendapatkan jumlah maksimum pengeluaran kerana baru memulakan perniagaan dan wang ini dapat membantu golongan ini meneruskan kehidupan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.