Pelan Rancangan Pulih Aliran Tunai Felda Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang korporat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), merupakan antara isu yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri. Khoo Poay Tiong […]

» Read more

SD Sokong Anwar: Mohamad Alamin Nafi Tandatangan, Timbang Sudut Perundangan

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menafikan dakwaan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan niat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Katanya, sebagai peguam, beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat. “Justeru, saya ingin menyatakan bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

» Read more

PKPD Kampung Numbak Dan Penempatan Telipok, Sabah Tamat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah tamat hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini, dan sebanyak 175 kes kumulatif COVID-19 direkodkan di Kampung Numbak serta 224 kes di […]

» Read more

Tempoh Kuarantin Pengembara, Kontak Rapat Dipendekkan Kepada 10 Hari Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Berkuat kuasa esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman. “Semakan […]

» Read more

RM11.26 Juta Bagi Teruskan Inisiatif Heart Of Borneo – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Kerajaan komited meneruskan inisiatif Heart of Borneo (HoB) dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM11.26 juta bagi melaksanakan projek dan aktiviti di bawah inisiatif itu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) tahun depan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata kesinambungan pelaksanaan HoB di bawah RMK12 itu amat penting selaras dengan matlamat […]

» Read more

Kerajaan Cadang Tambah Pembelian Vaksin

TANGKAK, 13 Dis – Kerajaan bercadang meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar dapat menampung keperluan imunisasi hingga 70 peratus rakyat berbanding kuantiti asal sebanyak 30 peratus, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata ini kerana ada negara yang sudah membeli vaksin itu dengan sesetengahnya memperoleh dalam kuantiti yang banyak melebihi jumlah penduduk mereka sendiri. “Untuk keperluan Malaysia, kita sudah […]

» Read more

Usaha Pemulihan Felda Penting, Kembalikan Hak Peneroka

MUAR, 13 Dis – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyifatkan usaha untuk memulihkan kembali FELDA sebagai langkah penting dalam mengembalikan semula hak lebih dua juta peneroka Felda dalam negara. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apabila kerajaan PN mengambil alih tampuk pentadbiran negara, antara tumpuan utamanya ialah memulihkan agensi berkenaan. “Ini bukan satu masalah kecil dan kerajaan mesti ambil satu […]

» Read more

Kerajaan Tidak Boleh Sekat Pergerakan Orang Ramai Untuk Selama-lamanya – Ismail Sabri

ARAU, 12 Dis – Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan pergerakan orang ramai untuk selama-lamanya ekoran pandemik COVID-19 dan menyeru rakyat mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat perlu mengawal diri dan elak daripada dijangkiti virus tersebut. Beliau berkata banyak negara yang tiada kawalan pergerakan, misalnya, Taiwan, […]

» Read more

Paip Dari Kemaman Atasi Masalah Air Di Kawasan Perindustrian Gebeng

KUANTAN, 11 Dis – Masalah kekurangan bekalan air terawat di Gebeng di sini, dijangka selesai dengan pembinaan paip sepanjang 29 kilometer (km) dari Kemaman, Terengganu ke kawasan perindustrian itu, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata pelaksanaan Projek Pembinaan Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng menggunakan peruntukan sebanyak RM115 juta dijangka mengambil masa selama 18 bulan selepas […]

» Read more

Malaysia Anjur Persidangan Biodiversiti Asean Ketiga Secara Maya

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Malaysia menganjurkan persidangan Biodiversiti ASEAN Ketiga (ACB 2020) secara maya pada Khamis (10 Dis) yang disertai 200 peserta khususnya dari negara ASEAN. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan hari ini berkata ACB 2020 yang dianjurkan Malaysia dengan kerjasama ASEAN Centre for Biodiversity membincangkan topik perniagaan dan biodiversiti. “Penganjuran ACB […]

» Read more
1 1,353 1,354 1,355 1,356 1,357 1,929